awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'

Sinar Harian
Sinar Harian
22/02/2023
00:45 MYT
'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'
Ahmed Razman ketika program Wacana Sinar edisi 385 bertajuk 'Bajet Anwar: Jangkaan vs Realiti' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini tidak seharusnya terhad kepada makanan tetapi juga perkara lain termasuk pengangkutan awam dan juga perkhidmatan telekomunikasi.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, usaha itu bagaimanapun perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO).
“Kalau kita lihat, Menu Rahmah yang diperkenalkan baru-baru ini, kerajaan tidak menanggung sebarang pembiayaan kerana mereka hanya perkenalkan konsep sahaja. Segala kos ditanggung oleh pengusaha dan peniaga.
“Ia sepatutnya diperluaskan lebih besar lagi, bukan sahaja kepada makanan tetapi juga perkara lain seperti perkhidmatan data telekomunikasi dan juga pengangkutan awam.
"Apabila ramai yang menjayakan perkara ini, beban rakyat akan lebih berkurangan,” katanya ketika Wacana Sinar Siri 385 yang bertajuk ‘Bajet Anwar: Jangkaan Vs Realiti’ yang dihoskan Ismail Adnan pada Selasa.
Hadir sama sebagai panelis, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
Menyentuh mengenai Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, Ahmed Razman berharap kerajaan dapat memberi tumpuan terhadap pembangunan di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Kita tidak mahu pembangunan ini hanya sekadar gah di bandar-bandar dengan bangunannnya yang tinggi, tetapi pembangunan itu tidak dapat dirasai di kawasan luarnya.
“Masih terdapat kawasan perkampungan yang tidak mendapat kemudahan elektrik dan prasarana jalan yang lengkap hingga murid terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki bot. Inilah perkara yang kita mahu kerajaan beri perhatian,” ujarnya.
Jelas beliau, sekiranya perubahan tersebut dapat dilaksanakan, ia berupaya memberi impak terhadap potensi masyarakat di sana untuk lebih berdaya saing mengembangkan ekonomi negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmed Razman Abdul Latiff
#Menu Rahmah
#pengangkutan awam
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan