awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane - PDRM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/03/2024
10:30 MYT
Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane - PDRM
Lorong Smart Lane akan diatifkan di beberapa kawasan PLUS bagi mengurangkan kesesakan pada musim cuti sempena Aidilfitri. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menghalang pemandu lain menggunakan laluan Smart Lane yang diaktifkan di lebuh raya.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail berkata, memandu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang lain menggunakan laluan tersebut seperti yang tular sebelum ini.
“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menghalang pergerakan kenderaan yang lain di Smart Lane. Lorong Smart Lane ini diguna pakai apabila berlaku kesesakan.
“Dalam pada itu, kita juga tidak mahu pemandu yang guna Smart Lane memandu laju... lebih laju daripada pemandu di lorong biasa. Ia adalah satu kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Media PLUS Pertingkatkan Persediaan Menguruskan Pertambahan Trafik Sempena Musim Perayaan di Persada PLUS pada Rabu.
BACA: PLUS aktifkan 18 Smart Lane sempena Aidilfitri
Dalam pada itu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, JPJ akan turut memberi tumpuan kepada individu yang menghalang orang lain menggunakan laluan tersebut semasa Operasi Hari Raya kelak.
“Operasi Hari Raya akan diadakan bermula 1 April hingga 20 April, selama 20 hari. Tumpuan kita adalah kepada kesalahan melibatkan sikap dan ia termasuk menghalang pemandu menggunakan Smart Lane.
“Selain itu, kesalahan lain ialah penggunaan telefon bimbit, memandu secara melulu, memotong barisan dan memandu kenderaan berat di laluan kanan.
“Itu merupakan antara tumpuan dan perkara yang akan kita tekankan kepada anggota penguat kuasa ketika kita menjalankan operasi Ops Hari Raya nanti,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
#PDRM
#smart lane
#jangan halang
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan