awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan hanya bercakap, anggota Parlimen juga perlu mendengar

Bernama
Bernama
15/10/2014
09:39 MYT
Jangan hanya bercakap, anggota Parlimen juga perlu mendengar
PANDIKAR: Anggota Parlimen Malaysia perlu terapkan budaya banyak mendengar pada persidangan Dewan Rakyat. - Gambar Fail
Anggota Parlimen Malaysia perlu menerapkan budaya banyak mendengar pada persidangan Dewan Rakyat, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menurutnya, perkara itu adalah sebahagian daripada intipati perbincangannya dengan anggota Perhimpunan Parlimen Majlis Eropah dari Switzerland, Andreas Gross, yang mengunjunginya di pejabat beliau di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Gross yang juga ahli akademik memaklumkan budaya itu adalah contoh demokrasi matang dan Pandikar Amin berpendapat ia perlu dipelajari oleh anggota Parlimen Malaysia.
"Beliau berkata kepada saya, kalau boleh dalam demokrasi ini jangan hanya banyak bercakap tetapi mesti juga banyak mendengar.
"Secara berseloroh saya kata kepada beliau, Parlimen Malaysia lebih banyak yang bercakap dan kurang yang mendengar sebab itu apabila mereka berdiri, sehingga 20 ke 30 orang bercakap serentak. Jadi apabila seorang bercakap, yang lain mesti mendengar," katanya kepada pemberita selepas kunjungan itu.
Gross yang dalam rangka lawatan enam hari di Malaysia mulai Ahad, turut mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin.
Topic Berkaitan
#andreas gross
#Dewan Rakyat
#Malaysia
#Pandikar
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan