awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan masjid dan surau gelanggang pertelagahan politik - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
15/09/2023
14:54 MYT
Jangan jadikan masjid dan surau gelanggang pertelagahan politik - Mohd Na'im
Mohd Na'im apabila masjid dan surau dilibatkan dengan kancah politik kepartian, ia akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat selain mencemarkan institusi itu sebagai zon bebas. - Gambar fail/FB Mohd Na'im
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar hari ini menyeru agar institusi masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang pertelagahan politik.
Beliau berkata apabila masjid dan surau dilibatkan dengan kancah politik kepartian, ia akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat selain mencemarkan institusi itu sebagai zon bebas.
"Saya menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak-pihak tertentu yang menjadikan masjid dan surau sebagai platform awal untuk berhimpun yang tentunya boleh mengganggu-gugat fungsi masjid sebagai pusat penyatuan umat Islam," menurutnya dalam kenyataan hari ini susulan usaha pihak tertentu mengadakan perhimpunan di ibu negara.
Media melaporkan 'Himpunan Aman Selamatkan Malaysia,' yang dijadualkan esok, akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur.
"Semua pihak dimohon supaya akur serta menghormati titah Tuanku-Tuanku Sultan agar tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian," katanya.
Mohd Na'im juga berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah diarah memantau masjid dan surau selain mengambil tindakan berpandukan lunas undang-undang sekiranya ada mana-mana pihak melanggar peraturan serta undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Beliau berkata pihaknya berharap semua pihak menghormati agensi berautoriti demi menjaga kemuliaan institusi masjid dan surau serta menjamin kesejahteraan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi berautoriti
#institusi masjid
#politik kepartian
#Zon Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan