awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan Ramadan sebagai 'The Mother of Food Waste' - Fadillah

Bernama
Bernama
11/03/2024
10:14 MYT
Jangan jadikan Ramadan sebagai 'The Mother of Food Waste' - Fadillah
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Fadillah berkata pembaziran bukan sahaja dilarang dalam Islam malah bertentangan dengan prinsip kelestarian alam. - Sumber foto FB Fadillah
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan Ramadan sebagai the mother of food waste atau bulan pembaziran.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata pembaziran bukan sahaja dilarang dalam Islam malah bertentangan dengan prinsip kelestarian alam.
"Marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain agar mengurangkan budaya pembaziran yang berlebihan sepanjang bulan puasa ini," katanya.
Beliau turut mengajak umat Islam untuk menggandakan ibadah bagi meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT serta kecintaan sesama manusia.
"Sambutlah Ramadan ini sebagai peluang terbaik untuk terus bermuhasabah dan memperbaiki diri.
"Mudah-mudahan setiap amalan kita akan diterima oleh Allah SWT dengan rahmat, kasih sayang, pengampunan dan keberkatan daripada-Nya. Jangan lupa untuk titipkan juga doa buat saudara-saudara kita di bumi Gaza dan semoga Allah mengangkat doa-doa kita untuk pembebasan rakyat Palestin kelak," katanya.
Fadillah dalam pada itu turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam.
"Ramadan Al-Mubarak bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam, bulan terbaik untuk kita terus meningkatkan amal ibadah dan memperbanyakkan sedekah serta amalan kebajikan," katanya.
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Ramadan 2024
#Facebook
#umat Islam di Malaysia berpuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan