awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan tarikh Aidilfitri bahan gurauan di media sosial

Bernama
Bernama
14/04/2023
10:22 MYT
Jangan jadikan tarikh Aidilfitri bahan gurauan di media sosial
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar ketika sidang media pada Program Santuni Gelandangan Chow Kit di Pusat Pembelajaran dan Komuniti Chow Kit hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menjadikan tarikh sambutan Aidilfitri sebagai bahan gurauan di media sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pengisytiharan bermulanya 1 Syawal dan perayaan Aidilfitri terletak pada bidang kuasa pihak berkaitan dan pengguna media sosial perlu mengambil serius mengenai perkara itu.
"Oleh kerana kuasa mengisytiharkan tarikh itu terletak pada penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka saya nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana khususnya di media sosial untuk mengambil serius mengenai perkara ini. Serahkan kepada pemerintah untuk menentukan.
"Jadi saya harapkan sangat isu berkaitan 'raya terkejut' dan bila bermulanya raya ini kita serahkan kepada pihak tertentu dan kita hentikan perkara ini. Insya-Allah kita berikan tumpuan pada perkara lain," katanya selepas merasmikan program Santuni Gelandangan di di Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK), Chow Kit di sini hari ini.
Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu turut dihadiri Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Kesejahteraan Bandar DBKL Ismadi Sakirin.
Mengulas mengenai program itu, Mohd Na'im berkata sejumlah 600 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada komuniti gelandangan selain sumbangan bakul makanan turut disampaikan kepada 40 keluarga yang berada di bawah pemantauan PPK.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan setiap hari di PPK berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM129,600.
Program anjuran JAWI itu dilaksanakan melalui kolaborasi strategik antara JFB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Iftar Rahmah Ramadan, VFive Group Sdn Bhd, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarikh Aidilfitri
#bahan gurauan
#media sosial
#pengisytiharan 1 Syawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan