KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu kepada pelajar yang mendapat bantuan peranti siswa di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk tidak menjual peralatan eletronik tersebut.
Perdana Menteri dalam masa sama menyeru pelajar-pelajar yang menerimanya tidak mencari keuntungan jangka pendek sehingga mengakibatkan hasrat kerajaan untuk membantu pelajar kategori B40 tidak kesampaian.
"Inilah kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (Tan Sri Annuar Musa), malah pelan awal dahulu adalah kita memberi pinjam dan selepas tamat belajar pulangkan balik maka selamatlah (tidak dijual) peranti itu.
"Tujuan kerajaan baik supaya tidak mahu lagi menyusahkan pelajar dan itu hak mereka, maka perlulah jaga dengan betul agar memudahkan pembelajaran mereka, jadi saya merayu kepada pelajar yang mendapat peranti itu untuk tidak menjualnya.
"Peranti itu diberikan kerajaan untuk memudahkan mereka dan meningkatkan mutu pelajaran demi masa depan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Angkasapuri, di sini, pada Rabu.
Pada Selasa, Annuar mengesahkan berlakunya kes penjualan semula peranti siswa dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang melakukannya.
Setakat ini, katanya, terdapat 14 kes penjualan semula peranti siswa yang dikesan di seluruh negara, dan pemantauan terhadap perkara itu sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), bertujuan membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi yang berada dalam kelompok B40.
Semalam, tular di media sosial mengenai tindakan mahasiswa menjual peranti siswa jenis Samsung Galaxy Tab A8 LTE bersama beberapa aksesori yang diperoleh dengan harga lebih murah daripada harga pasaran.
Afiezy Azaman
Wed Oct 26 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu kepada pelajar yang mendapat bantuan peranti siswa di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk tidak menjual peralatan eletronik tersebut. - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kerajaan usaha percepat tingkat kelajuan internet di seluruh negara - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.
Peranti Siswa: Pelajar boleh kemuka rayuan bertulis kepada pemimpin tempatan - Annuar
Permohonan pelajar yang ditolak untuk mendapatkan peranti siswa kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis atau berjumpa terus dengan pemimpin tempatan.
Tiada laporan baharu penjualan semula PerantiSiswa - Annuar
Tiada laporan baharu yang diterima berhubung penjualan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Tambahan 50,000 unit beri peluang lebih ramai pelajar peroleh peranti siswa - Annuar
Langkah itu membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak namun ditolak, selain memastikan bekalan peranti tidak terputus.
"Jangan jual peranti siswa, itu hasrat kerajaan bantu pelajar B40" - PM
Ismail Sabri seru jangan cari untung jangka pendek hingga bantutkan hasrat kerajaan bantu pelajar B40.
Masalah tender, agihan tablet PerantiSiswa dijangka bermula Julai - Annuar
Agihan tablet kepada pelajar IPT dan IPTS dari golongan B40 melalui inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka bermula Julai ini.