Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti dalam mengupas sesuatu perkara serta tidak melanggar sempadan antara agama.
Baginda bertitah Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, oleh itu, membina keharmonian adalah tanggung jawab kolektif semua pihak.
"Umat Islam dan institusi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam perlu peka kepada sensitiviti penganut agama lain dan pada masa yang sama, orang bukan Islam pula wajib memahami serta menghormati sensitiviti umat Islam.
"Mereka hendaklah sensitif akan perasaan umat Islam apabila mereka memilih untuk mengupas apatah lagi ketika mengkritik secara terbuka perkara-perkara menyentuh hukum hakam Islam serta seruan Ilahi yang terkandung di dalam Al-Quran, begitu juga panduan kehidupan yang terkandung dalam Sunah Rasul. Membina keharmonian adalah tanggungjawab kolektif semua warga," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Persidangan ke-187 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Dewan Persidangan, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.
Sultan Nazrin Shah turut menyeru umat Islam mempertahankan kemurnian, kesucian dan keagungan syiar Islam kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab besar yang wajib disempurnakan sebaik mungkin, yang tidak boleh dikompromikan.
Di dalam titah sulung selepas diisytiharkan Sebagai Sultan Perak yang ke-35, Baginda juga merakamkan penghargaan kepada angkatan tentera, polis dan pelbagai agensi yang terlibat mengendalikan urusan pemakaman Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat pada 28 Mei lalu.
Titah yang dizahirkan itu juga merupakan titah terakhir atas nama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan adat Melayu Perak. Kali pertama baginda mempengerusikan persidangan itu ialah pada 28 Ogos 1997.
Sultan Nazrin bertitah antara yang disentuh baginda dalam titah pertama itu ialah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak perlu bertindak secara strategik supaya tidak timbul kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik majlis.
Sultan Nazrin juga menzahirkan penghargaan atas bimbingan dan nasihat anggota majlis termasuk para alim ulama bagi membolehkan baginda menyempurnakan amanah dan tanggung jawab dengan baik.
"Beta memohon untuk terus mendapat nasihat dan bimbingan daripada para alim ulama, memandu Beta untuk memenuhi amanah yang lebih besar sebagai Amirul Mukminin," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah seorang yang dipertua baharu akan dilantik bagi menggantikan baginda dan baginda akan terus memantau serta mengikuti secara dekat kegiatan majlis itu.
Astro Awani
Thu Jun 12 2014
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa Persidangan ke-187 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
COVID-19: Solat hajat 40 malam di Kelantan
Pendekatan itu berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan akhir-akhir ini.
Penularan fahaman liberal: Zulkifli nafi Majlis Agama Islam tidak ambil tindakan
Zulkifli berkata pihaknya akan mengambil satu pendekatan yang cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal itu.