Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan dakwaan kononnya pihak berkuasa agama di negeri-negeri tidak mengambil sebarang tindakan berhubung penularan fahaman liberal di media sosial seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Beliau berkata pihaknya maklum mengenai perkara itu secara umum dan pendekatan yang diambil pada kebiasaannya termasuk berbentuk nasihat dan perbincangan.
"Dalam hal ini sebenarnya kita ada dua tiga perkara, pertama sekali saya mesti dapatkan maklumat yang jelas dan tepat dalam isu ini ...perkara ini bukan perkara yang kita tidak ambil tindakan, kadang-kadang mereka (Majlis Agama Islam) melaksanakannya dalam bentuk menasihati, berbincang dan seumpamanya.
"Kita telah ada (pendekatan dan tindakan) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, sebagai contoh Pejabat Mufti dan kita juga ada dalam Fatwa Peringkat Kebangsaan atau muzakarah atau peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan, kita sudah bersama-sama dalam mengemukakan isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu selepas menziarahi dan menyampaikan keperluan tambahan kepada pelakon dan penyanyi veteren Mimi Loma di sini, hari ini.
Justeru, Zulkifli berkata pihaknya akan mengambil satu pendekatan yang cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal itu.
"Insya-Allah kita akan tengok yang terbaik untuk kita selesaikan sebaik mungkin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata keberkesanan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau MoJA yang merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), boleh menjadi contoh dan dilaksanakan di negeri masing-masing.
"Sejak ia diperkenalkan (Jun), sebanyak 102 laporan diterima dan sebanyak 64 kes telah selesai. Saya ingat kalau boleh perkasakan saya sasar 100 hingga 200 kes sebulan dan dalam 70 hingga 80 peratus yang dapat kita ambil tindakan segera.
"Aplikasi ini untuk jejak golongan asnaf melalui laporan yang dibuat orang awam, kita boleh bentangkan dalam pertemuan dengan Exco kerajaan negeri dan pengarah majlis agama Islam negeri dan mungkin dari situ masing-masing akan ada inisiatif," katanya.
Terdahulu, Zulkifli menyampaikan keperluan tambahan iaitu kecemasan tunai sebanyak RM1,000, bantuan perubatan am iaitu lampin pakai buang dan barang keperluan kepada Mimi Loma atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 74.
Mimi Loma kini berada dalam keadaan uzur dan diuruskan sepenuhnya oleh anak tunggalnya Sherina Othman, 47, merupakan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP sebanyak RM400 sejak 2012, juga merupakan penerima bantuan sewa rumah bulanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
Zulkifli berkata pihaknya akan mengambil satu pendekatan yang cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.
Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.
Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.
Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.
Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.
COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.
Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli
Usaha dan hasrat yang murni ini dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.