awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan leka kedudukan CPI, terus berusaha banteras rasuah - GIACC

Bernama
Bernama
24/01/2020
22:40 MYT
Jangan leka kedudukan CPI, terus berusaha banteras rasuah - GIACC
Anis Yusal berkata kejayaan perbaiki reputasi dalam CPI 2019 adalah kerana perubahan dan komitmen kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kejayaan Malaysia memperbaiki reputasi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2019, merupakan pencapaian membanggakan namun semua pihak diingat supaya tidak leka dan terus berusaha membanteras rasuah, secara habis-habisan.
Timbalan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, negara perlu mengekalkan momentum baik itu terutamanya dalam meningkatkan lagi skor atau mata, yang menjadi penentu kepada kedudukan negara dalam indeks berkenaan.
Menurutnya, skor itu diberi berdasarkan beberapa tinjauan dan penilaian pakar, yang melihat kepada pelbagai faktor di dalam sesebuah negara termasuk aspek demokrasi, keterbukaan terhadap pelabur asing dan faktor ekonomi.
"Saya yakin kita (Malaysia) mampu menjadi lebih baik lagi...oleh itu adalah penting untuk kita memahami bagaimana TI membuat pengiraan mata, dan bagaimana kerajaan boleh merangka strategi bagi mendapatkan mata yang tinggi.
"Untuk melonjak naik lagi, setiap aspek atau faktor lain juga perlu naik (diperbaiki)... (misalnya) kita perlu menjadi sebuah negara yang pelabur rasa mudah untuk datang berniaga, dan (menjadi) negara lebih demokratik. Ini bukan usaha satu pihak sahaja tetapi setiap agensi dan kementerian," katanya kepada Bernama, pada Jumaat.
Malaysia telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 51 daripada 180 negara dalam CPI TI untuk 2019, menunjukkan peningkatan dalam menangani rasuah.
BACA: Peningkatan CPI Malaysia bukti keberkesanan usaha antirasuah - Liew
Skor Malaysia juga meningkat kepada 53 daripada 100 mata dalam tinjauan CPI, peningkatan daripada 47 mata yang diperoleh pada tahun sebelumnya.
Skor dan kedudukan CPI itu adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar, yang mengukur tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara pada skala daripada sifar (dianggap tinggi rasuah) ke 100 (paling bersih).
BACA: NACP jadi platform negara bersih rasuah - Akhbar Satar
Sementara itu, Anis Yusal berkata kejayaan Malaysia memperbaiki reputasi dalam CPI 2019 adalah disebabkan perubahan dalam kerajaan, dan komitmen kerajaan baharu memerangi rasuah.
Katanya usaha itu tidak seharusnya hanya diterajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi juga agensi kerajaan yang lain.
"Pendedahan salah laku yang dibuat SPRM itu baik, tetapi tidak guna sekiranya hanya SPRM sahaja yang terlibat. Seperti saya katakan tadi CPI ditentukan oleh pelbagai faktor melibatkan pelbagai agensi. Kita tidak boleh seronok setakat ini (pencapian setakat ini). Ini hanya permulaan, kita perlu melihat bagaimana untuk kita kekalkan kejayaan ini secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#ekonomi
#kerajaan
#integriti
#SPRM
#Anis Yusal Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan