awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NACP jadi platform negara bersih rasuah - Akhbar Satar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/01/2019
08:00 MYT
NACP jadi platform negara bersih rasuah - Akhbar Satar
AKHBAR: Saya berharap pelantikan Peguam Negara bukan di bawah Perdana Menteri tetapi di bawah Parlimen. - Gambar fail
Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) seharusnya menjadi platform membersihkan apa juga ruang untuk gejala rasuah bertapak di negara ini.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar berkata ia perlu meliputi aspek pentadbiran awam, orang muda serta isu dana politik yang belum dimuktamadkan sehingga hari ini.
"Dalam Pelan Antirasuah ini adalah satu yang baik, saya jangka ia akan meliputi isu seperti Akta Dana Politik, dikotomi politik pentadbiran dan naik taraf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah kawalan terus Parlimen dan bukan badan eksekutif.
"Saya berharap pelantikan Peguam Negara bukan di bawah Perdana Menteri tetapi di bawah Parlimen. Pengasingan kuasa Peguam Negara dengan badan eksekutif juga perkara yang perlu diambil berat.
"Ia juga perlu pembentukan nilai anti rasuah dalam kalangan generasi muda. Kita dapati tangkapan SPRM dari 2013 sampai Mei 2018 adalah 55.2 peratus dari umur 20 sehingga 39 tahun.
"Ini merunsingkan, pegawai kerajaan pula 44 peratus daripada 4,000 ditangkap pada tahun sama," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
TONTON: Let's Talk: NACP - Can It Be Reversed?
TONTON: Kerajaan bentuk Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual melancarkan NACP pada Selasa yang bakal membuka lembaran baharu negara dalam usaha memerangi rasuah.
Kerangka untuk tempoh lima tahun itu dijangka menyentuh isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh, sekali gus menutup ruang dan peluang untuk rasuah terus bermaharajalela.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata intipati pelan NACP merangkumi beberapa perkara dasar.
Ia termasuk tiga elemen penting iaitu input daripada manifesto kerajaan, laporan jawatankuasa antarabangsa, cadangan-cadangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC).
Cadangan menggubal NACP diumumkan sejak Jun tahun lalu bagi membolehkan isu-isu tadbir urus, integriti dan anti-rasuah ditangani secara menyeluruh.
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#Bersih
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#NGO
#Parlimen
#politik
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan