Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bekerjasama dalam usaha memerangi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ini kerana pihaknya mengesan beberapa lesen perniagaan yang dimiliki dan diusahakan warga asing dalam Operasi 6P fasa kedua yang dijalankan.

Jelasnya mana-mana pihak tidak seharusnya menunding jari kepada KDN sebaliknya jika operasi dijalankan secara bersama perkara ini pasti dapat diatasi.

"Jangan letakkan segala beban ini hanya dibahu KDN saja, semua pihak harus melakukan sesuatu dan meningkatkan penguatkuasaan mereka dalam membanteras kebanjiran PATI,"

BERITA LANJUT MENYUSUL