awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan lupa keselamatan diri, keluarga dalam keterujaan sambut Aidilfitri - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/04/2024
05:52 MYT
Jangan lupa keselamatan diri, keluarga dalam keterujaan sambut Aidilfitri - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berharap Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan keceriaan buat seluruh umat Islam yang meraikan lebaran ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga terutama ketika perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid mengingatkan rakyat untuk memastikan segala persiapan seperti penyelenggaraan kenderaan dan perancangan perjalanan mereka, telah dilakukan dengan sewajarnya.
"Saya berharap dalam keterujaan semua untuk bertemu dengan ibu bapa dan sanak saudara, janganlah kita lupa akan keselamatan diri dan ahli keluarga.
"Pastikan juga segala persiapan seperti penyelenggaraan kenderaan dan perancangan perjalanan telah dilakukan dengan sewajarnya. Pandulah dengan berhemah dan berhati-hati serta berhenti berehat sekiranya perlu," katanya.
FB Zahid Hamidi
FB Zahid Hamidi
Ahmad Zahid juga berharap Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan keceriaan buat seluruh umat Islam yang meraikan lebaran ini.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan memaklumkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Selasa ini (9 April) di 29 lokasi di seluruh negara, diikuti dengan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa pada malam hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Aidilfitri
#pulang ke kampung halaman
#menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan