awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy

Bernama
Bernama
07/09/2023
09:10 MYT
Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bersama para peserta program Advokasi Antigangguan Seksual pada majlis FunWalk dan Senamrobik sempena Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Pasar Siti Khatijah di sini hari ini. - BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dengan gangguan seksual supaya tampil atau membuat laporan.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ibu bapa tidak perlu rasa malu atau takut membuat laporan kerana ia merupakan tanggungjawab penting dalam melindungi anak-anak mereka.
Beliau berkata menurut statistik polis sejumlah 378 kes gangguan seksual dilaporkan pada 2020, dan jumlah itu meningkat kepada 506 kes pada 2021.
"Bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada tahun 2022 iaitu kepada 477 kes. Jumlah kes yang dilaporkan ini adalah melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita.
"Kita akui laporan yang dibuat menunjukkan penurunan, tetapi saya masih sangsi mangsa tidak mahu berbuat demikian kerana takut dan mungkin memalukan keluarga, malah sepatutnya berani tampil dengan segera apabila berlaku gangguan seksual," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jeyarawara KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nancy berkata kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual bergantung pada ibu bapa untuk melindungi mereka.
"Rasa takut dan malu untuk melaporkan boleh menjadi sebahagian cabaran bagi menangani gangguan seksual terutama apabila pelaku menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#gangguan seksual
#laporan
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan