ALOR SETAR: Penduduk tinggal berdekatan Empangan Muda tidak perlu risau atau panik susulan air di empangan tersebut melimpah sejak Khamis lalu.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, limpahan secara automatik itu adalah prosedur biasa apabila kapasiti empangan melebihi 100 peratus.
Katanya, bagaimanapun limpahan yang berlaku masih terkawal dan dialirkan melalui Sungai Muda.
"Pada hari ini (Ahad) paras air di Empangan Muda dicatatkan pada paras 331.05 kaki iaitu 4.2 peratus melebihi kapasiti.
"Limpahan berlaku pula adalah sebanyak 973 kaki padu sesaat berdasarkan rekod diambil pada jam 8 pagi," katanya selepas lawatan di Kilang Seri Merbok di Simpang Empat di sini pada Ahad.
Beliau menasihati orang ramai tidak menyebarkan berita tidak tepat dengan mengaitkan situasi banjir di beberapa daerah susulan limpahan air empangan.
" Sekiranya berlaku limpahan, kami akan memaklumkan kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pejabat daerah Sik dan Kuala Muda.
"Ini supaya agensi berkenaan dapat bersiap sedia dan mengeluarkan arahan berjaga-jaga kepada penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Muda.
"Sekiranya berlaku peningkatan paras di lain-lain empangan, kami akan membuat perbincangan bagi mencapai keputusan terbaik untuk mengelakkan situasi lebih buruk," katanya.
Ahmad Tarmizi berkata, kedudukan takungan Empangan Pedu pada Ahad adalah sebanyak 91.68 peratus, Empangan Muda, 104.20 peratus dan Empangan Ahning, 95.71 peratus.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Tarmizi berkata, banjir di Kawasan III Pendang melibatkan 619.40 hektar sawah padi dengan anggaran kerosakan sebanyak 370 hektar iaitu 60 peratus daripada jumlah keseluruhan.
"Kerosakan ini menyebabkan pesawah perlu membuat pembelian semula benih padi untuk kerja- kerja penanaman semula. Kerugian hasil padi melibatkan tanaman berusia tiga hingga 30 hari (605 hektar) dan 100 hingga 120 hari (13.80 hektar).
"Kami akan membuat bancian semula untuk melancarkan proses permohonan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)," katanya.
Tanbah Ahmad Tarmizi, banjir di kawasan Pendang adalah disebabkan turunan hujan melebihi jumlah biasa dan bukan disebabkan limpahan air empangan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021
Gambar fail limpahan air Empangan Muda pada tahun lalu.(Gambar kecil) : Ahmad Tarmizi
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Empangan Muda tidak lagi mampu sokong paras air Sungai Muda
Bagi mengekalkan paras air Sungai Muda, Empangan Beris melepaskan sejumlah 864 juta liter air sehari.
Air tiga empangan utama di Kedah pada paras selamat
Paras air di tiga empangan utama di Kedah yang diselia Lembaga Kemajuan Wilayah Muda (MADA) masih mencukupi dan berada pada paras selamat.