awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry

Bernama
Bernama
15/02/2025
13:00 MYT
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry berkata tidak wajar untuk kes itu diperbesarkan dengan pihak terbabit membuat tohmahan dan menyebarkan kenyataan tanpa memeriksa latar belakang perkara terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
LUMUT: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta semua pihak untuk tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti pakar kanak-kanak, baru-baru ini.
Beliau berkata tidak wajar untuk kes itu diperbesarkan dengan pihak terbabit membuat tohmahan dan menyebarkan kenyataan tanpa memeriksa latar belakang perkara terbabit.
Zambry berkata setakat ini pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima laporan berkaitan perkara itu dan akan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak bertanggungjawab.
"Ini (dakwaan itu) merupakan satu hal yang sangat serius bagi saya dan saya harap ia akan mendapat penjelasan kemudiannya apabila siasatan dilakukan. Saya difahamkan, apa yang dilakukan ketua jabatan berkenaan ialah menggantung sementara pakar itu, bukan membuang terus.
"Apapun kita bergantung kepada siasatan penuh yang akan disampaikan kepada kita nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Program Pemindahan IImu (KTP) Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat MADANI Pangkor di Kampung Tengah, Pulau Pangkor dekat sini hari ini.
Zambry berkata pihak universiti berkenaan telah menghantar laporan itu kepada pihaknya untuk diteliti sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
Terdahulu, seorang pempengaruh media sosial menerusi laman X mempersoalkan tindakan pengarah hospital terbabit yang mengeluarkan arahan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPT
#isu tular
#pakar runding
#hospital universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan