Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran tidak berkesan mengurangkan bil elektrik pengguna seperti diiklankan.
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan hari ini berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara.
Selain itu, menurutnya, tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat tersebut memberi kesan penjimatan tenaga elektrik.
Pengguna mungkin terpengaruh dengan demonstrasi penjual yang menunjukkan perbandingan kadar arus elektrik yang menjadi lebih rendah setelah ESD dipasang, tulis kenyataan itu.
"Kadar arus akan berkurangan, namun jumlah kuasa yang direkodkan tetap sama, mengikut bilangan dan kadar kuasa peralatan elektrik yang digunakan.
"Ini sekali gus tidak akan memberi perbezaan ketara terhadap penggunaan elektrik yang diukur berdasarkan kilowatt-jam (kWj) penggunaan dengan menggunakan formula Arus x Voltan x Faktor Kuasa x Masa digunakan," kata suruhanjaya itu.
Suruhanjaya Tenaga berkata pemasangan ESD tidak memberi penjimatan bil elektrik di premis domestik sehingga 30 peratus seperti yang didakwa, kerana meter elektrik merekodkan penggunaan kuasa sebenar (kWh) sedangkan ESD, yang komponen utamanya merupakan kapasitor, hanya memberi kesan kepada penggunaan kuasa reaktif (kVaR).
Bagaimanapun, suruhanjaya itu berkata penggunaan kapasitor, memberi manfaat kepada pemasangan elektrik di sektor industri yang banyak menggunakan beban induktif, kerana ia dapat menambah baik kadar kuasa sistem bekalan pengguna dan seterusnya mengelakkan pengguna dikenakan penalti oleh pihak utiliti.
Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan yang mengatakan ESD ini, termasuk dalam bentuk kad, boleh mengurangkan jumlah bil elektrik," kata suruhanjaya itu yang turut menyelar tindakan pihak yang menggunakan logonya bagi tujuan promosi ESD di media sosial dan jualan terus kepada orang ramai.
Suruhanjaya itu menegaskan ia tidak pernah meluluskan apa-apa produk ESD dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan logo mereka.
Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, Suruhanjaya Tenaga menyarankan orang ramai membudayakan amalan cekap tenaga termasukkan menggunakan alat mempunyai label cekap tenaga dan mematikan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.
Astro Awani
Fri Feb 22 2019
Kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara. -Gambar hiasan
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Jangan percaya! Alat jimat tenaga tak kurangkan bil elektrik
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan hari ini berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara.