Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran mengingatkan pengundi agar tidak memilih personaliti semata-mata tetapi turut mengambil kira parti yang diwakili calon itu mempunyai rekod terbaik mentadbir negara khususnya Sabah.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata jika mengundi berdasarkan personaliti dan membelakangkan parti belum tentu wakil rakyat itu mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya kerajaan yang dibentuk datang daripada parti lain.
"Kita sudah merasa susah sewaktu berada di pimpinan pihak pembangkang dan apabila dengan UMNO pelbagai kemudahan diberikan termasuk bekalan elektrik, air dan penghubung jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada 1,298 rumah melibatkan 27 kampung di DUN Sulabayan dalam Jelajah Kasih Ramadan sempena Program UMNO Bantu Rakyat di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Nasir berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah mencipta pelbagai rekod yang sangat baik dari segi pembangunan dan kemajuan di negeri ini termasuk Semporna.
Mengenai kerusi di DUN Sulabayan, Nasir yakin kemenangan akan menjadi milik BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2017

Nasir Sakaran mengingatkan pengundi agar tidak memilih personaliti semata-mata tetapi turut mengambil kira parti yang diwakili calon itu mempunyai rekod terbaik mentadbir negara khususnya Sabah. -Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mampukah Shafie gegar Sabah?
Adakah beliau masih begitu berpengaruh biarpun setelah meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN)?

22 ketua cawangan UMNO keluar parti tidak jejas kekuatan BN
Daripada 489 cawangan UMNO di sini, 22 ketua cawangannya keluar parti, tidak menjadi titik kekalahan untuk UMNO kerana banyak ahlinya masih bersama parti.

Jangan pilih personaliti sahaja, pilih parti yang miliki rekod baik
Datuk Seri Nasir Sakaran mengingatkan pengundi agar tidak memilih personaliti semata-mata tetapi turut mengambil kira parti yang diwakili calon itu mempunyai rekod terbaik.

Penduduk Semporna dinasihat pilih politik realiti tolak politik emosi
UMNO berada di Sabah lebih 20 tahun dan sepanjang tempoh itu, banyak perubahan berlaku termasuk pembangunan dan pengukuhan keselamatan di negeri ini.