Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran berkata tindakan 22 ketua cawangan UMNO di bahagian itu keluar parti tidak akan menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) di daerah ini.
"Daripada 489 cawangan UMNO di sini, 22 ketua cawangannya keluar parti, tidak menjadi titik kekalahan untuk UMNO kerana banyak ahlinya masih bersama parti," katanya ketika berucap pada program perjumpaan bersama ketua-ketua cawangan UMNO di Semporna, pada Isnin.
Nasir berkata, anggota-anggota pembangkang itu bekas pemenang kerusi masing-masing di Semporna tetapi yang memenangkan mereka adalah BN.
"Kerana majoriti yang memberikan sokongan kepada 'orang' berkenaan ini adalah kita ahli UMNO dan BN, dulu dia menang oleh kerana rakyat, bukan sebab dia menang kerana diri sendiri, dan rakyat yang menyokong 'orang' ini masih lagi bersama kita dalam BN," katanya.
Sementara itu, Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata BN mampu menang pada pilihan raya umum (PRU) kali ini kerana semangat penduduk di Semporna adalah mengenang budi kepada parti yang membantu serta membela rakyat, dan perkara itu pernah tercatat sewaktu zaman USNO.
"Walaupun pada satu ketika ada pemimpin (merujuk pemimpin dalam Parti Warisan Sabah) claim 'dia' ada jasa pada penduduk Semporna tetapi dia lupa itu sewaktu dia dalam kerajaan dan memegang jawatan," katanya.
Beliau juga mengingatkan anggota-anggota UMNO di Semporna agar tegas dalam pendirian perjuangan politik dan tidak keliru serta mencampur aduk antara hubungan kekeluargaan dengan parti.
Keluarga tetap keluarga tetapi apabila dalam perjuangan parti politik khususnya mempunyai hubungan dengan individu yang tidak lagi bersama UMNO, maka selaku anggota UMNO perlu tegas, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Nasir mengingatkan angota-anggota UMNO di Semporna agar tegas dalam pendirian perjuangan politik dan tidak keliru serta mencampur aduk antara hubungan kekeluargaan dengan parti.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).