Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Korea Utara.
Beliau berkata sebagai warganegara Malaysia mereka perlu memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani isu berkenaan seterusnya mencari jalan penyelesaian.
"Saya berharap semua pihak tidak bermain dengan isu sebegini kerana isu yang bersifat antarabangsa sewajarnya kita perlu memberikan sokongan kepada dasar-dasar luar negara.
"Perak menyokong pendirian diumumkan perdana menteri kerana ia membabitkan hubungan diplomatik dan dari segi hubungan antara kedua-dua negara, ia belum terputus secara rasminya dan kita yakin kemampuan perdana menteri sebagai anggota diplomat yang hebat," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keselamatan Mini Karnival Teras Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang Kiri di sini hari ini bersempena Program Permukiman Menteri Besar Perak.
Pyongyang dilaporkan bertindak menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara bagi memastikan keselamatan anggota diplomat dan rakyatnya yang berada di Malaysia.
Ini susulan Malaysia mengusir Duta Besar Korea Utara Kang Chol kerana membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Feb lepas. -- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017

ZAMBRY: Saya berharap semua pihak tidak bermain dengan isu sebegini kerana isu yang bersifat antarabangsa sewajarnya kita perlu memberikan sokongan kepada dasar-dasar luar negara. -Gambar fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.

Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.

Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
![[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia [KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730169403_AnwarIbrahimErdogan.jpg)
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.

Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dijadual mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari Jumaat (25 Okt) hingga Sabtu (26 Okt).