awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan politikkan isu Palestin, pesan Perdana Menteri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/10/2023
02:50 MYT
Jangan politikkan isu Palestin, pesan Perdana Menteri
Anwar menegaskan, beliau berpegang dengan pendirian bahawa konflik Israel-Palestin meragut banyak nyawa dan beliau enggan terlibat dengan wacana yang sia-sia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konflik Israel dan Palestin tidak harus sama sekali dipolitikkan.
Menurutnya, beliau berpegang dengan pendirian bahawa isu tersebut meragut banyak nyawa dan beliau enggan terlibat dengan wacana yang sia-sia, yang mempertikaikan dan sinis terhadap tindakannya.
Tambahnya, beliau faham masing-masing ada pendirian dan mungkin ia berbeza, namun isu tersebut tidak harus menjadi modal politik.
“Saya ikuti beberapa perkembangan… sebab itu saya sebut tadi, tak usah dipolitikkan. Masing-masing ada pendirian, mungkin ada perbezaan dari segi tindakan.
“Tetapi jangan anggap ini isu yang boleh kita permainkan untuk dapat kepentingan politik seperti mana yang pernah disebut dalam luhur bangsa Melayu, jangan kita bina mahligai atas pusara.
“Orang derita, banyak terkorban, jangan kita mahu gunakan ini sebagai medan politik atas pusara rakyat.
“Pendirian kita, sedaya upaya menyampaikan dan hampir setiap hari hubungan dengan negara Islam, dan sealiran untuk menyatakan pandangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH - Pulai) yang meminta ulasan Perdana Menteri berhubung beberapa kenyataan sinis terhadap pendirian Malaysia dalam isu Palestin.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Perang Palestin-Israel
#kepentingan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan