awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan risau, LHDN belum ada akaun TikTok lagi!

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/12/2020
03:16 MYT
Jangan risau, LHDN belum ada akaun TikTok lagi!
LHDN dalam satu kenyataan berkata agensi itu telah membuat laporan polis bagi mengelakkan identiti LHDN terus disalahgunakan.
KUALA LUMPUR:Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan mempunyai akaun TikTok, sepertimana yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Penafian itu dibuat susulan sebuah akaun yang tertera nama 'Lembaga Hasil Dalam Negeri' dilihat membuat komen di akaun pengguna TikTok @afwan_imran, dengan mesej berbunyi: "Ready semua dokumen k. Ingat kami takde TikTok ke?"
Susulan insiden tersebut, LHDN dalam satu kenyataan berkata, agensi itu telah membuat laporan polis bagi mengelakkan identiti LHDN terus disalahgunakan.
"Bagi mengelakkan identiti LHDN terus disalahgunakan, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.
"LHDN turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial," katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Jelas agensi itu lagi, setakat ini LHDN hanya mempunyai lima platform rasmi bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan pihaknya.
Ia melibatkan portal LDHN, Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.
Akaun yang menggunakan nama "LHDN" tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu
Akaun yang menggunakan nama "LHDN" tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu
Terdahulu, pengguna TikTok @afwan_imran memuat naik video memaparkan dia bersama sebuah kereta jenis Range Rover, memakai sut serta berlatar belakang ibu kota Kuala Lumpur.
Warganet kemudiannya terkejut apabila "LHDN" muncul di ruang komen, seolah-oleh memberi amaran agar pemuda itu bersiap-sedia dengan dokumen.
Topic Berkaitan
#YouTube
#Facebook
#Kuala Lumpur
#LHDN
#SKMM
#Twitter
#TikTok
#LHDN akaun TikTok
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan