awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan salah guna label untuk penjualan kotak TV Android - MCMC

Bernama
Bernama
09/11/2020
00:21 MYT
Jangan salah guna label untuk penjualan kotak TV Android - MCMC
MCMC memberi amaran tegas kepada penjual kotak TV Android agar tidak menyalahgunakan label suruhanjaya itu bagi penjualan alat tersebut. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memberi amaran tegas kepada penjual kotak TV Android agar tidak menyalahgunakan label suruhanjaya itu bagi penjualan alat tersebut.
MCMC menjelaskan pemerakuan kotak TV Android oleh SIRIM dan label MCMC tidak melibatkan kelulusan terhadap sebarang aplikasi untuk penstriman dan memuat turun sebarang filem, drama atau apa jua kandungan yang dilindungi hak ciptanya secara haram.
Menurutnya, pemerakuan yang dikeluarkan oleh SIRIM untuk kotak TV Android dan label MCMC pada peralatan tersebut hanya membabitkan pematuhan modul WiFi dan Bluetooth terhadap standard teknikal yang dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.
MCMC dalam kenyataan hari ini berkata terdapat penjual yang menggunakan logo MCMC untuk menggambarkan seolah-olah pihaknya membenarkan penjualan kotak TV Android yang diperakui oleh SIRIM untuk kegunaan penstriman dan memuat turun kandungan yang dilindungi hak ciptanya secara haram.
"MCMC tidak akan berkompromi sekiranya ia mendapati berlakunya penyalahgunaan label MCMC oleh pihak penjual," katanya.
MCMC berkata tindakan seperti pembatalan sijil pemerakuan kotak TV Android serta arahan menarik semula kotak TV Android yang telah dijual dan berada dalam pasaran akan dibuat tanpa prejudis jika didapati melanggar peruntukan undang-undang dan syarat pemerakuan yang telah dikeluarkan.
MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penjualan kotak TV Android yang mengandungi aplikasi atau disertakan dengan pakej perkhidmatan penstriman kandungan yang dilindungi hak ciptanya secara haram.
"Ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
MCMC berkata di antara Oktober 2018 dengan Januari 2020, pihaknya telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM67,000 terhadap empat kesalahan membeli dan menjual kotak TV Android yang tidak diperakui.
Menurutnya, terdapat tujuh lagi kes telah didakwa di mahkamah dan didenda melibatkan sejumlah RM194,500 bagi tempoh yang sama.
Orang ramai disyorkan untuk memanfaatkan aplikasi mudah alih Check Your Label ataupun laman sesawang https://ecomm.sirim.my bagi memastikan sebarang kelengkapan komunikasi yang hendak dibeli adalah sah dan diperakui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
#kotak TV Android
#pemerakuan kotak TV Android
#modul WiFi dan Bluetooth
#standard teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan