awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
Fenomena baharu di China: Aplikasi semak status hidup golongan solo
Piala FA: Liverpool pamer dominasi, tundukkan Barnsley 4-1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan samakan Kampung Sungai Baru dengan Kampung Bharu' - Dr Zaliha

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/10/2025
09:47 MYT
'Jangan samakan Kampung Sungai Baru dengan Kampung Bharu' - Dr Zaliha
Dr Zaliha memberitahu tanah di Kampung Sungai Baru adalah berstatus pajakan selama 99 tahun dan bukannya milik kekal seperti di Kampung Bharu. - Foto Japen
KUALA LUMPUR : 'Kampung Sungai Baru tidak wajar disamakan dengan Kampung Bharu kerana status pemilikan tanah kedua-duanya berbeza sama sekali,' tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau menjelaskan, tanah di Kampung Sungai Baru adalah berstatus pajakan selama 99 tahun dan bukannya milik kekal seperti di Kampung Bharu.
"Penjelasan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham kononnya tanah di Kampung Sungai Baru boleh dimiliki tanpa sebarang sekatan. Saya ingin tegaskan sekali lagi, Kampung Sungai Baru bukan Kampung Bharu,” katanya.
Dr Zaliha berkata demikian ketika sesi penerangan khas berhubung pembangunan semula Kampung Sungai Baru di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Menurut beliau, isu berkaitan pemilikan Melayu turut menjadi perhatian kerajaan dalam pelaksanaan projek pembangunan semula itu.
“Bagi memperkukuh pemilikan Melayu, saya juga mengarahkan supaya satu dokumen dasar baharu digubal, yang antara lain menetapkan bahawa rumah ganti hanya boleh dimiliki oleh penduduk Melayu,” katanya.
Tambah beliau, dokumen dasar itu juga akan mewajibkan kepelbagaian jenis pembangunan di kawasan Kampung Sungai Baru agar peluang pemilikan lebih luas diwujudkan dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Antara kategori baharu yang akan diperkenalkan ialah kondominium mampu milik Melayu, SOHO mampu milik Melayu, rumah kedai mampu milik Melayu serta ruang pejabat mampu milik Melayu, di samping meneruskan pembangunan sedia ada seperti Residensi Madani dan Residensi Wilayah,” jelasnya.
Dr Zaliha turut memaklumkan beliau meminta pihak pemaju untuk bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan secara telus dan menguntungkan semua pihak.
Topic Berkaitan
#kampung bahru
#Kampung Sungai Baru
#pemilikan tanah
#pembangunan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan