IPOH: Pembangunan negara harus mengambil kira elemen pemantapan sahsiah dan rasa cinta kepada alam sekitar, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.
Baginda bertitah, ketaksuban memajukan prasarana dan meraih keuntungan perniagaan tidak boleh dijadikan lesen yang menghalalkan manusia untuk bersifat rakus dan memusnahkan alam sekitar.
"Dunia kini semakin menghadapi pelbagai bencana mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.
"Pelbagai bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peringatan Ilahi kepada manusia yang bersifat zalim, sehingga alam semakin membenci dan enggan bersahabat dengan manusia," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14 di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Tambah baginda, kecanggihan teknologi semata-mata tidak mampu membendung bencana akibat kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.
"Pembangunan negara harus mengambil kira elemen pemantapan sahsiah dan rasa cinta kepada alam sekitar.
"Rohani dan sahsiah hendaklah dimantapkan untuk menyemai kesedaran agar manusia berbaik-baik dengan alam sekitar, dan agar berlaku keseimbangan antara pembangunan prasarana dan pemuliharaan alam," titah baginda.
Sultan dalam titah baginda juga memaklumkan, kerajaan negeri Perak telah mewartakan 986,848 hektar atau 47 peratus daripada keluasan tanah negeri itu sebagai hutan simpanan kekal.
Ia diuruskan secara Prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, di mana hutan simpanan kekal diklasifikasikan kepada dua pengelasan fungsi, iaitu hutan pengeluaran dan hutan perlindungan.
Sehingga Disember 2021, titah baginda, seluas 501,235 hektar (51%) dikelaskan sebagai hutan pengeluaran, sementara 485,612.56 hektar (49%) lagi hutan perlindungan.
"Ini bermakna Negeri Perak telah mematuhi sepenuhnya amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang terbukti melalui pengekalan Pensijilan Pengurusan Hutan semenjak tahun 2010."
Titah baginda, tindakan itu merupakan langkah proaktif kerajaan negeri dalam menangani kesan perubahan iklim dunia.
Selain itu, baginda bertitah, kerajaan negeri turut melaksanakan Program Penghijauan Malaysia di peringkat negeri melalui kempen menanam 10 juta pokok dalam tempoh lima tahun sejak 2021.
Menurut baginda, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 2,175,659 pokok telah berjaya ditanam.
Sultan Nazrin turut memandang serius isu kelangsungan populasi Harimau Malaya yang mana kawasan hutan simpan di Perak merupakan habitat penting haiwan liar tersebut.
"Hasil kajian mendapati, kini hanya berbaki 37 ekor Harimau Malaya yang masih berkeliaran di hutan simpan negeri.
"Angka ini sangat rendah berbanding keluasan kawasan habitat yang boleh menampung sekitar 200 ekor harimau,” titah baginda.
Dalam usaha menyokong pengukuhan habitat Harimau Malaya, baginda bertitah, kerajaan Perak telah mewartakan kawasan seluas hampir 19,000 hektar sebagai Hutan Simpan Kekal Amanjaya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 28 2022

Sultan Nazrin berkenan menerima ucapan Titah Diraja daripada Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima DUN Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Jangan taksub majukan prasarana hingga musnahkan alam sekitar - Sultan Nazrin
Pelbagai bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peringatan Ilahi kepada manusia.

Banjir: Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup
Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati semua kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian buat masa ini sehingga dimaklumkan oleh pihak jabatan.

68 kes pelbagai kesalahan melibatkan hutan di Pahang - Wan Rosdy
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengutip lebih RM1.7 juta kompaun dan ganti rugi daripada pihak terlibat.

Larangan pendakian di HSK: Penggemar aktiviti mendaki Selangor terpaksa beralih destinasi
Larangan sementara aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor, memaksa penggemar sukan terbabit dari negeri itu beralih ke destinasi lain yang berdekatan.

Larangan aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal Selangor mulai esok
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini bermula esok (1 Dis) hingga 31 Jan 2022.

Rebat, diskaun bil elektrik kelak tertakluk kedudukan kewangan kerajaan - Takiyuddin
Kerajaan sedar semua kategori pengguna elektrik terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun 2020.

Kualiti air Tasik Chini bersih dan selamat - JAS Pahang
Terdapat 15 stesen pemantauan kualiti air yang ditempatkan di Tasik Chini dengan kekerapan pemantauan sebulan sekali bagi setiap stesen.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

Siasatan menyeluruh dakwaan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari
Kerajaan negeri juga mengarahkan supaya sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan.

P. Pinang akan warta hutan simpanan kekal sebagai kawasan tadahan air
Chow Kon Yeow berkata pewartaan kawasan tadahan itu meliputi Hutan Simpan Kekal seluas 3,565 hektar.