Sejumlah 46 peratus rakyat Malaysia takut untuk melaporkan kes rasuah kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko akan kesan laporan tersebut.
Presiden Transparency International Malaysia (TI), Datuk Akhbar Satar menyeru masyarakat agar kikis perasaan takut tersebut demi mengurangkan salah laku jenayah dalam negara.
“Kami tidak berpuas hati dengan statistik tersebut kerana 47 peratus yang menyatakan rasa takut. Jangan takut untuk buat aduan kerana kita ada undang-undang yang melindungi pemberi maklumat,” ujar beliau.
Perkara tersebut dinyatakan Akhbar selepas merasmikan kempen ‘Bersuara menentang rasuah’ yang bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai pentingnya memberi kerjasama dalam menangani salah laku rasuah dalam negara.
Akhbar berkata, masyarakat perlu didedahkan dengan langkah yang betul dalam menyalurkan aduan.
Antara inisiatif yang dibuat untuk meningkatkan kesediaan masyarakat dalam memberi maklumat mengenai rasuah ialah dengan pelancaran talian bebas tol.
Katanya, orang ramai boleh terus membuat panggilan di talian bebas tol 1 800 220 122.
Inisiatif ini dilihat akan mengubah persepsi masyarakat terhadap gejala rasuah dan badan TI juga mahu lebih dengan maklumat daripada akar umbi.
Talian beroperasi dari 9 pagi hingga 4 petang, dari Isnin hingga Jumaat.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Samat Kasah menasihat pengadu agar tidak mendedahkan maklumat mereka kepada media.
Langkah yang paling tepat ialah memberikan maklumat kepada SPRM bagi memastikan pengadu boleh dilindungi oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
“Kadang-kadang mereka ini salah faham. Mereka beri maklumat kepada media kemudian datang kepada SPRM untuk mendapatkan perlindungan. Kita ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi," katanya.
Tambah Samat lagi, penyebaran maklumat kepada media adalah salah dan ia juga akan menjejaskan siasatan SPRM.
Nabihah Hamid
Fri Apr 17 2015
Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar menyeru masyarakat agar kikis perasaan takut tersebut demi mengurangkan salah laku jenayah dalam negara.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
[KOLUMNIS] Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan
Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
PRN: Pemimpin politik perlu bersikap 'gentleman', tidak rasuah pengundi - Akhbar Satar
Pemimpin politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi diingatkan agar tidak menggunakan duit demi mendapatkan undi rakyat.
Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.
Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti - Akhbar Satar
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.
PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar
Ahli politik tidak perlu takut untuk dedahkan kekayaan jika ia datang dari sumber yang tidak melanggar undang-undang.
Rasuah: Hukuman pesalah golongan elit perlu lebih berat - Akhbar Satar
Golongan elit mempunyai wang yang cukup untuk mengupah peguam-peguam yang handal bagi membela mereka dalam penghakiman dan secara tidak langsung membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.