Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara supaya jangan mudah terpedaya hasutan pembangkang atau tawaran syarikat menjanjikan taraf kerakyatan sesebuah negara.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan tidak mudah mendapat kembali taraf kewarganegaraan itu selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Bagi mereka yang melucut kerakyatan 'tiada maaf bagimu', kecuali mengikut Peraturan 16A sebagaimana yang ada dalam Peraturan Imigresen 1963.
"Jangan sekali-kali mudah melucut kewarganegaraan, jangan benci pada negara ini dan terjebak dengan kebencian kononnya berhijrah ke negara luar dan ada syarikat yang menguruskan kewarganegaraan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Jom Sihat' anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Sabtu.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang mempunyai Pas Residen (PR) untuk bekerja atau belajar di luar negara dan berhasrat kembali ke tanah air untuk menjadi tenaga profesional, kepulangan mereka akan dipermudahkan.
"(Ini kerana) mereka (individu profesional) adalah bakat, tenaga cendekiawan, mereka mempunyai ilmu balik ke negara ini untuk membantu pembangunan ekonomi Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid menafikan kenyataan Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik daripada DAP yang mendakwa kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia.
Beliau berkata setakat ini hanya tiga orang pemegang pasport BOC diterima pulang ke Malaysia tetapi mereka menerima Pas Residen dan bukannya taraf kewarganegaraan.
"Untuk (negara) UK (United Kingdom) sebanyak 673 orang (melucutkan kewarganegaraan Malaysia) telah memohon (untuk kembali menjadi warganegara) dan daripada jumlah itu sebanyak tiga orang diberi taraf Pas Residen," jelasnya.
Semalam, Ahmad Zahid berkata Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada warganegara asing untuk tinggal di Malaysia untuk tempoh lima tahun dan boleh memohon untuk disambung setiap lima tahun.
"Sekiranya pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa Melayu," katanya.
Bernama
Sat Apr 12 2014
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir perasmian program 'Jom Sihat' bersama anak angkat mahasiswa Universiti Putra Malaysia di SK Taiping Bayan, Hutan Melintang. --FotoBERNAMA
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya tawaran kewarganegaraan di luar negara - Zahid
Rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan tidak mudah mendapat kembali taraf kewarganegaraan itu selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.