Orang ramai perlu berhati-hati ketika memilih pakej umrah yang ditawarkan di bawah harga RM5,000 bagi mengelak penipuan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mereka perlu memilih syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan sahaja.
"Mana-mana agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah kurang daripada RM5,000 boleh diragui. Amat malang ramai juga yang terjebak, terperangkap dengan agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab ini.
"Saya berharap selepas ini jemaah khususnya dari Sarawak dan Malaysia amnya akan lebih berhati-hati," katanya.
Fadillah, yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan pejabat TM Tours and Travel Cawangan Kuching di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan TM Tours and Travel, Mohd Ridzwan Abdullah dan Pengurus Besar TM Tours and Travel Sarawak Azmi Shaari.
Mengulas mengenai pembukaan cawangan baru TM Tours and Travel itu, Fadillah berkata syarikat tersebut diyakini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan menerusi tawaran pakej haji, umrah mahupan ke destinasi lain berdasarkan pengalaman serta rekod yang baik.
Sementara itu Mohd Ridzwan menyatakan komitmen syarikat tersebut untuk membawa pelancong luar ke Sarawak dan pada masa yang sama membawa penduduk negeri ini ke serata dunia menerusi penawaran pelbagai pakej mereka.
"Kami boleh disifatkan sebagai antara pengendali pelancongan muslim yang tersohor dan dikenali ramai kerana turut menyediakan servis percutian, pengangkutan, majlis, pengurusan, inap desa, program persekolahan, percutian musim panas untuk pelancong domestik dan antarabangsa.
"Dengan matlamat mahu menyediakan servis dan produk pengembaraan kami sentiasa menitikberatkan keperluan dan nilai yang bakal diperoleh pelanggan ketika melancong bersama-sama TM Tours and Travel," katanya.
TM Tours and Travel ditubuhkan pada 1991 mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Bangi dan Kota Bahru menawarkan khidmat pelancongan tempatan dan antarabangsa, pembelian tiket penerbangan serta pakej umrah dan haji. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Orang ramai perlu berhati-hati ketika memilih pakej umrah yang ditawarkan di bawah harga RM5,000 bagi mengelak penipuan. -Gambar fail
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Kerosakan jalan, cerun dianggar bernilai RM312.1 juta
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerosakan jalan raya dan cerun akibat banjir susulan gelombang Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM312.1 juta.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Jangan terpedaya tawaran pakej umrah bawah RM5,000 - Fadillah
Orang ramai perlu berhati-hati ketika memilih pakej umrah yang ditawarkan di bawah harga RM5,000 bagi mengelak penipuan.