awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan warisi sikap penjajah, kekuasaan memperkaya kelompok tertentu - PM Anwar

Asyraf Malik
Asyraf Malik
16/09/2025
15:45 MYT
Jangan warisi sikap penjajah, kekuasaan memperkaya kelompok tertentu - PM Anwar
Anwar menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kemerdekaan dikecapi Malaysia bukan sekadar pertukaran pemimpin daripada tangan penjajah kepada anak tempatan, sebaliknya harus membawa perubahan dalam sistem pemerintahan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bahaya sebenar adalah sikap rakus, tamak haloba dan diskriminasi diwarisi daripada penjajah yang terus diamalkan segelintir pemimpin, sekali gus menafikan erti sebenar kemerdekaan.
“Kemerdekaan bukan hanya menggantikan Residen dan Gabenor Jeneral Inggeris dengan anak-anak tempatan atau peribumi, turut perlu dihapus perangai tamak haloba dan sikap rakus dari kebaratan," ujar Anwar.
Beliau berkata demikian dalam amanat sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada Selasa.
Anwar menekankan bahawa erti sebenar kemerdekaan adalah memastikan wujudnya sistem ekonomi dan budaya yang adil serta menjamin perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Ini apa membezakan kita dengan sikap prasangka dan diskriminasi yang dilakukan penjajah Inggeris," tegas Anwar.
Beliau turut mengingatkan bahawa sekiranya negara leka, Malaysia berisiko mengulangi kesilapan lampau apabila kekuasaan hanya digunakan untuk memperkaya kelompok tertentu, sama seperti yang dilakukan penjajah.
“Malaysia harus mengambil iktibar daripada sejarah, bahawa perjuangan kemerdekaan bukan sekadar menyingkirkan kuasa asing, tetapi membina sistem baharu yang berasaskan keadilan, rahmah dan kemanusiaan,” tegas beliau.
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#sikap penjajah
#tamak haloba
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan