awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Januari 2026.
1. Jeneral Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera
Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dinaikkan pangkat kepada Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) bermula esok.
2. Jurugambar Malaysia, Yuji Haikal raih naib juara di anugerah foto antarabangsa XIPA, UAE
Jurugambar tempatan, Yuji Haikal meraih gelaran naib juara di Anugerah Foto Antarabangsa Xposure (XIPA) menerusi kategori Portraiture di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu semalam.
3. Jemaah Menteri setuju cadangan had tempoh PM selama 10 tahun - Azalina
Kabinet Kerajaan MADANI bersetuju cadangan dasar had tempoh Perdana Menteri selama 10 tahun, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
4. PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara.
5. "Warisan kita mesti terus hidup" - PM Anwar
Usaha kerajaan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di bawah inisiatif Warisan KL bukan sekadar untuk mengulang nostalgia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
Hanya pihak polis boleh menentukan klasifikasi ke atas mana-mana kes, sama ada berstatus Tiada Tindakan Lanjut (NFA) ataupun tidak.
7. 16 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB
Sebanyak 16 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis akan berlepas ke Sudan Selatan malam ini, bagi menyertai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang turut dikenali sebagai Misi Pengaman PBB di Sudan Selatan (UNMISS) selama setahun.
8. KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan perbincangan dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) minggu depan bagi meneliti aspek teknikal berkaitan pengiktirafan kelulusan pendidikan melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
9. The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
Filem The Voice of Hind Rajab mencatatkan lebih 60,000 tontonan di Malaysia, iaitu ketiga tertinggi di dunia, mencerminkan keprihatinan rakyat negara ini terhadap isu kemanusiaan di Palestin.
10. Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#PDRM
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan