awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Janganlah berkira dengan anak" - Fizz Fairuz

Gempak
Gempak
04/02/2024
02:30 MYT
"Janganlah berkira dengan anak" - Fizz Fairuz
Fizz tidak bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang menganggap majlis graduasi anak sebagai satu komitmen besar.
PELAKON Datuk Fizz Fairuz mempunyai pendapat sendiri mengenai isu yang hangat diperkatakan orang ramai iaitu trend sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel mewah.
Menurut Fizz, dia tidak bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang menganggap majlis graduasi anak sebagai satu komitmen besar.
“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.
Malah kata Fizz lagi, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul memandangkan perbincangan telah pun dilakukan bersama pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sebelum majlis dilaksanakan.
“Untuk anak-anak bagu sahajalah, dorang buat sebab PIBG sudah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dorang tak buat.
“Setahun sekali buat, bukan hari-hari keluar (RM)150-(RM)250 tu, beli bag dan kasut mahal mahal boleh. Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat sayalah,” tulisnya.
Terdahulu, tular sebelum ini apabila pelakon Adrea Abdullah mempertikaikan trend majlis graduasi sekolah di hotel.
Menurut Adrea, tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.
Selain itu, trend berkenaan juga dilihat seolah-olah mahu membuatkan ibu bapa bermegah-megah di media sosial. - Gempak
Topic Berkaitan
#majlis graduasi sekolah
#graduasi di hotel mewah
#Fizz Fairuz
#jangan berkira dengan anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan