SUNGAI BULOH: Gelombang jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron XBB di negara ini dalam keadaan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata situasi tersebut hasil sokongan rakyat yang mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga berlaku penurunan kes baharu COVID-19 termasuk varian itu kepada 13.4 peratus pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.
"Saya juga bertanya kepada Timbalan Ketua Pengarah dan pakar penyakit berjangkit berkaitan kemasukan (pesakit COVID-19) ke hospital nampak sudah teratur, ia tidak lagi meningkat dan mungkin akan mula menurun.
"...dan kita dapati walaupun kadar kematian kes meningkat sedikit kepada 0.07 peratus bagi minggu perbandingan yang sama, ia masih jauh lebih rendah berbanding indicator CFR (case fatality rate) yang mana kita letakkan pada tahap tiga peratus," katanya pada sidang media situasi semasa COVID-19 di sini hari ini.
Bagaimanapun, Khairy menasihatkan seluruh rakyat negara ini untuk berwaspada atau berhati-hati terutamanya di program ceramah pada saat akhir kempen PRU15.
"Jadi sila berjaga-jaga, berhati-hati dan pastikan selamat untuk anda pergi mengundi...Saya telah minta pandangan daripada semua pakar dan mereka memaklumkan gelombang baharu masih terkawal sama ada sudahpun sampai kemuncaknya atau sedang mendatar dari segi jumlah kes dan sebagainya," katanya.
Khairy berkata KKM telah mengenal pasti 40 kes COVID-19 berkaitan sub varian XBB antara 11 hingga 17 Nov, menjadikan kes kumulatif varian tersebut kepada 60 kes.
"...tapi (walaupun) sub varian XBB memintas (berbanding Omicron BA.5), namun kita lihat ia tidak teruk dan ia memberi petanda yang baik kepada kita," katanya.
Sementara itu, Khairy menggesa orang ramai untuk menerima suntikan vaksinasi COVID-19 kerana langkah tersebut mampu mengurangkan gejala jangkitan serta kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian.
"Status vaksinasi insiden kematian bagi pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah tiga kali lebih tinggi berbanding pesakit yang mendapat dua dos vaksin dan tujuh kali lebih tinggi berbanding mendapat satu dos penggalak," katanya.
Khairy berkata langkah pengambilan vaksin berjaya menurunkan semua indikator keterukan daripada aspek kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan alat bantuan pernafasan.
Mengenai rawatan terhadap pesakit COVID-19, beliau berkata tiada kes kematian melibatkan pesakit yang menerima rawatan Paxlovid di peringkat komuniti.
"Setakat ini, mereka (pesakit) yang kita bagi Paxlovid dan sebagainya di Klinik Kesihatan dan sebagainya, semua telah pulih. Ini bermakna kita mungkin benar-benar berada di penghujung fasa peralihan ke endemik," katanya.
Mengenai vaksin boleh sedut CanSino Biologics, Khairy berkata KKM dalam proses merekrut peserta untuk percubaan yang dijangka bermula beberapa bulan akan datang.
"Kita agak teruja dengan perkara itu kerana saya fikir apabila selesai pilihan raya umum, maka menteri kesihatan baharu akan mengumumkan cadangan vaksinasi pada masa hadapan sama ada ia secara tahunan atau siapa yang patut mengambil vaksin tahunan," katanya.
Bulan lepas, CanSino Biologics memperkenalkan vaksin COVID-19 jenis baharu dengan kaedah sedutan berbanding jenis suntikan seperti sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai situasi semasa COVID-19 di Hospital Sungai Buloh hari ini. - Foto BERNAMA
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Singapura berdepan gelombang jangkitan COVID-19 sejak bulan lepas - Menteri Kesihatan
Singapura berdepan gelombang jangkitan COVID-19 sejak sebulan lalu, kata Menteri Kesihatan republik itu Ong Ye Kung.
Jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron XBB terkawal - Khairy
Gelombang jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron XBB di negara ini dalam keadaan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.