Jangkitan influenza menurun pada ME45 - KKM

Sebanyak 46 kluster influenza dilaporkan pada ME 45/2025, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 43 kluster pada minggu sebelumnya. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kadar jangkitan influenza di negara ini mencatat sedikit penurunan pada minggu epidemiologi ke-45 (ME45), iaitu bagi tempoh 2 hingga 8 Nov lepas, terutamanya dari segi kadar konsultasi Influenza-Like Illness (ILI) dan kadar positif influenza.
Ringkasan AI
- Kadar jangkitan influenza di Malaysia menunjukkan sedikit penurunan pada minggu epidemiologi ke-45, terutamanya dalam kadar konsultasi Influenza-Like Illness (ILI) dan kadar positif influenza.
- Kementerian Kesihatan Malaysia memantau jangkitan melalui survelan ILI dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) serta pemantauan kluster oleh CPRC.
- Walaupun tiada mutasi baharu virus influenza dikesan di Malaysia pada ME 45/2025, wujud 46 kluster influenza dengan peningkatan sedikit berbanding minggu sebelumnya, menjejaskan rumah persendirian, sekolah, tadika, dan taska.
Sebanyak 46 kluster influenza dilaporkan pada ME 45/2025, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 43 kluster pada minggu sebelumnya dan ia termasuk rumah persendirian yang menjadi penyumbang tertinggi kluster selain sekolah, tadika dan taska.
"Kebanyakan individu yang dijangkiti virus influenza akan pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari hingga seminggu.
"Bagaimanapun, jangkitannya boleh menyebabkan komplikasi serius kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai masalah kesihatan kronik, justeru mereka perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta berhampiran," menurut KKM.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


