BANGI: Budaya memberikan janji palsu dan fatwa mengikut selera politik serta amalan rasuah dalam kalangan pemimpin menjadi antara faktor golongan muda berdepan defisit kepercayaan terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata keadaan itu membuatkan golongan muda berasa bingung dan memikirkan nasib mereka tidak terbela sekiranya menyokong pimpinan kerajaan yang mengamalkan budaya sedemikian.
"Saya minta kerjasama saudara, tidak harus ada 'trust defisit' bagi orang yang cuba membawa perubahan dengan sedaya mereka mengikut ajaran al-Quran. Kita (kerajaan) cuba.
"Saya datang ke sini bukan untuk mengecam membuta tuli tapi saya ada asas yang kukuh. Percayalah negara ini harus diselamatkan. Negara ini tidak harus terkenal sebagai negara dengan pemimpinnya rasuah belaka," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Majlis Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi di sini hari ini.
Bagi mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap kerajaan, Anwar bertekad dengan amanah yang diberikan rakyat kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas, beliau akan mengembalikan semula tata kelola pentadbiran yang baik selain memerangi isu rasuah dalam memastikan kelancaran kepimpinannya.
Beliau berkata pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan juga mempunyai kesepakatan yang sama untuk meninggalkan amalan buruk itu demi memastikan Malaysia terus terpelihara.
"Saya baru tujuh bulan jadi perdana menteri. Saya tahu ini bukan kerja kecil. Kelompok besar yang rasuah akan berpakat untuk bayar dana kepada orang politik dan NGO (badan bukan kerajaan) untuk serang kerajaan.
"Rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri jaga (perkara ini), walaupun latar belakang lain, parti lain...yang penting kesepakatan kami, komitmen kami tinggalkan amalan yang jelik ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Anwar berkata keadaan itu membuatkan golongan muda berasa bingung dan memikirkan nasib mereka tidak terbela sekiranya menyokong pimpinan kerajaan yang mengamalkan budaya sedemikian. - Astro AWANI/Shahir Omar
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
FWD perkukuh program celik kewangan, lebih 15,000 pelajar dijangka terima manfaat
FWD Insurance berganding bahu dengan organisasi-organisasi tempatan untuk meningkatkan ilmu kewangan pelajar dari segenap peringkat usia.