Sekitar jam 11 pagi Selasa waktu Malaysia, dek kawalan kapal Nautical Aliya lebih sibuk daripada biasa.
Pegawai pertama sibuk berulang-alik meneliti radar dan peta serta mendengar isyarat radio menerusi 'walkie talkie'. Dari raut wajahnya, jelas terpapar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Ada resah, ada bimbang.
Kelihatan seorang pemuda turut berada di dek itu. Pemuda itu, Mohamad Asrol Md Jailani, salah seorang sukarelawan misi dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan. Dia cemas. Bahasa tubuhnya memberitahu, dia kebimbangan dan tidak tenteram.
"Selepas diberitahu kapal tentera Myanmar mendekati kapal Nautical Aliya, jantung saya berdegup kencang.
"Keadaan jadi tak tenteram sebab saya tak biasa hadapi situasi yang melibatkan tentera luar.
"Kalau kat Malaysia, biasanya kita tenang dan tenteram saja," ujarnya yang ditemui beberapa jam selepas kejadian.
Kapten Mohamad Firdaus Faisal Mohamad turut sama ada di sampingnya. Dia juga resah. Nampaknya Sistem Pengenalan Automatik (AIS) telah mengesan sesuatu.
"Kalau ikut maklumat macam ni, biasanya kapal yang kita kesan ni ialah kapal milik kerajaan atau biasanya kapal tentera.
"Jadi, kamu semua yang ada di sini bolehlah balik ke bilik masing-masing ataupun duduk saja di mess," pesan beliau yang mempunyai pengalaman belayar sejak berusia 18 tahun.
Pada masa sama, Ketua Sekretariat Misi Food Flotilla for Myanmar, Zulhanis Zainol pula menjadi individu paling sibuk.
"Masa itu dokumentasi untuk 'declare' barangan yang dibawa hanya 80 peratus siap.
"Kita perlu siapkan secepat mungkin sebelum tentera Myanmar datang untuk membuat pemeriksaan rambang.
"Ini penting untuk menjadikan semua urusan lancar dan tiada persoalan lain yang dikemukakan," katanya.
Zulhanis turut menambah, dia sangat bersyukur kerana maklumat awal mengatakan tentera Myanmar akan membuat pemeriksaan tetapi telah mengubah fikiran dengan hanya mengiringi kapal.
Perasaan resah dan bimbang kembali reda, Nautical Alya terus meredah lautan biru membawa rasa kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia dan beberapa negara lain untuk warga Rohingya.
Hilal Azmi
Wed Feb 08 2017
Menerusi radar, kapten kapal dapat mengesan sebuah kapal milik tentera laut Myanmar menghampiri Misi Food Flotilla for Myanmar - Gambar Astro AWANI/Hilal Azmi
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Nautical Aliya tiba di tanah air
Kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan 'Food Flotilla For Myanmar' tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini pada kira-kira 10 pagi ini.
"Jantung saya berdegup laju semasa kejadian" - Sukarelawan Food Flotilla For Myanmar
Radar Nautical Aliya mengesan sebuah kapal menghampiri Misi Food Flotilla for Myanmar.
Tentera laut Myanmar dekati kapal Nautical Aliya
Kapal tentera laut Myanmar itu dikesan melalui radar oleh Kapten Nautical Aliya kira-kira jam 11 pagi waktu Malaysia.