awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JaPen tubuh 120 komuniti Keluarga Malaysia di P.Pinang

Bernama
Bernama
23/04/2022
20:38 MYT
JaPen tubuh 120 komuniti Keluarga Malaysia di P.Pinang
Reezal Merican (dua, kiri) menyampaikan sumbangan pada Majlis Jalinan Kasih Ramadhan Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kepala Batas, 23 April 2022. Turut kelihatan, Haniff (kiri). --fotoBERNAMA
KEPALA BATAS: Jabatan Penerangan (JaPen) menubuhkan sebanyak 120 Komuniti Keluarga Malaysia di negeri ini, yang berperanan sebagai platform kerajaan dalam penyampaian maklumat yang pantas, tepat dan mudah difahami rakyat.
Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang Dr Haniff Hassan berkata Komuniti Keluarga Malaysia juga bertindak sebagai rakan strategik JaPen dalam memasarkan maklumat serta dasar kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.
"JaPen Pulau Pinang akan sentiasa membantu Komuniti Keluarga Malaysia dalam menyebar luas dan menyampaikan maklumat serta dasar kerajaan kepada rakyat dalam usaha untuk membina kemajuan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalanan Kasih Ramadan Komuniti Keluarga Malaysia, di sini semalam.
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.
Terdahulu, pihak JaPen membawa anak-anak yatim dan golongan asnaf membeli baju raya sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Sementara itu, Haniff berkata program itu juga bertindak sebagai serampang dua mata untuk memantapkan lagi hubungan kerjasama JaPen Pulau Pinang dengan jabatan dan agensi kerajaan serta bukan kerajaan.
"Komuniti Keluarga Malaysia memainkan peranan penting sebagai saluran untuk merapatkan jurang kefahaman terhadap dasar-dasar kerajaan semasa bagi melahirkan komuniti bermaklumat dan membina jaringan komunikasi sebagai ejen perubahan," katanya.
Menurutnya, program Komuniti Keluarga Malaysia berkonsepkan gerakan komuniti sebagai sebahagian daripada cara kehidupan berorganisasi rakyat yang sesuai dengan sebuah negara berpaksikan kehidupan bermasyarakat seperti Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Penerangan
#Komuniti Keluarga Malaysia
#penyampaian maklumat
#dasar kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan