PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil 204 tindakan undang-undang ke atas premis perindustrian yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya sepanjang Ops Air Raya yang dilaksanakan antara 1 dan 7 Julai lepas.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata tindakan itu melibatkan pemeriksaan terhadap pelbagai sektor industri antaranya industri penyudahan logam dan salur elektrik, kertas, pengilangan logam, plastik, galian bukan logam, dan penapisan minyak makan.
Tindakan merangkumi 126 kompaun berjumlah RM252,000 yang dikeluarkan, 71 notis arahan, empat penahanan operasi kelengkapan dan tiga kes untuk penyediaan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan, katanya.
"Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah gagal menguruskan buangan terjadual (BT) sepertimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ops Air Raya itu melibatkan kekuatan 86 pasukan penguat kuasa merangkumi 235 anggota penguat kuasa JAS dari seluruh negara dengan kerjasama penguat kuasa pelbagai agensi di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Wan Abdul Latiff berkata pengurusan BT perlu diberi perhatian yang serius mengikut undang-undang dan garis panduan serta dikitar semula, diperoleh kembali atau dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS sahaja.
"BT boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada manusia serta menyebabkan pencemaran air, udara dan tanah," katanya sambil menegaskan pihak industri dilarang sama sekali melupuskan buangan terjadual secara haram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
JAS telah mengambil 204 tindakan undang-undang ke atas premis perindustrian yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya sepanjang Ops Air Raya yang dilaksanakan antara 1 dan 7 Julai lepas.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
JAS ambil 204 tindakan undang-undang terhadap premis gagal patuh AKAS 1974
Tindakan melibatkan pemeriksaan terhadap pelbagai sektor industri antaranya industri penyudahan logam dan salur elektrik, kertas, pengilangan logam, plastik, dan galian bukan logam.