Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 330 kilang atas pelbagai kesalahan, selepas memeriksa 5,439 premis dalam operasi yang dijalankannya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac sehingga semalam, termasuk terhadap tiga kilang memproses kelapa sawit yang didapati mencemarkan bekalan sumber air.
Ketua Pengarahnya Norlin Jaafar berkata lesen ketiga-tiga kilang itu telah ditarik, manakala tindakan kompaun, menggantung lesen dan penahanan operasi kelengkapan dilakukan terhadap premis lain yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Antara kesalahan didapati dilakukan pemilik kilang ialah tidak melabel buangan terjadual dan ada juga kilang semasa PKP telah mencemarkan bekalan sumber air," katanya dalam sidang media, pada Selasa.
Sementara itu, mengulas mengenai Ops Gempur Selangor, Norlin berkata 49 kilang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana melakukan kesalahan di bawah akta sama.
Katanya operasi berkenaan yang melibatkan 125 anggota penguatkuasaan JAS dijalankan pada 16,18 dan 23 Jun dengan memfokuskan pemeriksaan terhadap 120 kilang di kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.
Beliau berkata ia bertujuan mencegah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada operasi pengilangan daripada pelbagai jenis industri antaranya plastik, kimia, logam dan tekstil.
"Operasi ini dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan COVID-19," katanya.
Dalam pada itu, Norlin memohon kerjasama orang ramai supaya menjadi mata dan telinga JAS dengan melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar dengan menelefon 1-800-88-2727 atau membuat laporan menerusi e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 23 2020
Norlin memohon kerjasama orang ramai supaya menjadi mata dan telinga JAS dengan melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar dengan menelefon 1-800-88-2727.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.
Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).