awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/09/2022
14:30 MYT
JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung
Kejadian pelepasan air larut resapan itu disedari penduduk petang semalam yang kemudiannya membuat aduan kepada JAS. - Astro AWANI
NIBONG TEBAL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.
Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata kejadian pelepasan air larut resapan itu disedari penduduk petang semalam yang kemudiannya membuat aduan kepada JAS.
Susulan aduan itu, beliau berkata, pihaknya melakukan siasatan di tapak pelupusan sampah tersebut dan menemui kewujudan aliran air berwarna hitam memasuki kawasan paya bakau bersebelahan dan seterusnya ke laut.
"Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa batang paip telah dipasang oleh pihak tertentu bagi tujuan menyalurkan sisa air larut resap (leachate) ke dalam kawasan rizab paya bakau.
“Pelepasan air larut resapan ini kemungkinan dibuat secara sengaja dan dirancang lebih awal kerana batang-batang paip telah dibawa masuk, dipasang dan dikambuskan selepas perbuatan mereka dilaporkan kepada JAS.
“Pihak kita akan mengeluarkan satu Notis Arahan kepada pemilik tapak iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan serta kawalan pencemaran di tapak" katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Sharifah Zakiah, JAS telah membuat pemeriksaan fizikal di tapak termasuk menggunakan dron selain mengambil sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Rakaman percakapan daripada beberapa orang saksi turut diambil, katanya.
"Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Nibong Tebal untuk siasatan pihak polis sama ada terdapat unsur khianat oleh pihak tertentu dalam kejadian ini," katanya.
Sharifah Zakiah berkata, JAS memandang serius isu pencemaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah terbabit memandangkan beberapa insiden kebakaran sebelum ini telah menjejaskan masyarakat sekitar.
Menurutnya, mana-mana premis yang tertakluk di bawah Perintah EIA (laporan penilaian impak alam sekitar) dan didapati gagal mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 boleh dikenakan Arahan Berhenti Kerja.
Topic Berkaitan
#Pulau Burung
#pencemaran
#JAS
#air tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan