awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS uji sistem ramalan jerebu awal tahun depan

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2025
08:40 MYT
JAS uji sistem ramalan jerebu awal tahun depan
Nor Aziah (kiri) berkata, sistem itu menggunakan gabungan data satelit dan maklumat meteorologi untuk menjangka situasi jerebu serta mengenal pasti kawasan berisiko tinggi. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam proses pembangunan sistem ramalan jerebu terperinci yang dijangka mula diuji pada suku pertama 2026.

Ringkasan AI
  • JAS sedang membangunkan sistem ramalan jerebu terperinci dengan kerjasama UKM, dijangka mula diuji pada suku pertama 2026. Sistem ini menggunakan data satelit dan maklumat meteorologi untuk menjangka situasi jerebu dan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi.
  • Pemantauan diperluas melalui penggunaan dron dan rondaan darat ke kawasan panas, dengan 4,247 rondaan dan 859 penerbangan dron direkodkan. Penguatkuasaan turut digerakkan bersama 13 agensi bagi mempercepatkan tindakan di lapangan.
  • Usaha pencegahan diperkukuh melalui kempen kesedaran seperti larangan pembakaran terbuka dan program komuniti lestari, bagi mengurangkan insiden jerebu serta meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pemeliharaan alam sekitar.

Pengarah Bahagian Udara JAS, Nor Aziah Jaafar, berkata sistem baharu yang mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menggunakan gabungan data satelit dan maklumat meteorologi untuk menjangka situasi jerebu serta mengenal pasti kawasan berisiko tinggi.
"Untuk makluman, kita jangka suku tahun pertama tahun hadapan. Kita boleh laksanakan sebab sekarang kajian sedang berjalan untuk tempoh enam bulan dengan UKM. Ya, pada suku pertama, selewat-lewatnya tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian di sesi libat urus Ketua Pengarah Alam Sekitar Suara dan Cerita Kita (e-Waste dan Jerebu) di Kuala Lumpur, hari ini.
Tambah beliau, pemantauan turut diperluas menerusi penggunaan dron dan rondaan darat ke kawasan panas (hotspot) yang dikenal pasti menyumbang kepada insiden pembakaran terbuka.
Dalam pada itu, penguatkuasaan turut dilaksanakan bersama 13 agensi lain bagi mempercepatkan tindakan di lapangan yang mana langkah ini memberi kelebihan dari segi kecekapan operasi dan membolehkan tindakan segera diambil.
Berdasarkan rekod terkini, JAS menjalankan 4,247 rondaan darat dan 859 penerbangan dron di seluruh negara sebagai sebahagian daripada pemantauan membanteras pembakaran terbuka.
Usaha ini termasuk mewujudkan lebih banyak kempen kesedaran termasuk inisiatif tiada pembakaran terbuka serta program komuniti lestari.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Jabatan Alam Sekitar
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#sistem ramalan jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan