KUALA LUMPUR :Peruntukan hampir RM100 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) harus disalurkan kepada orang lain yang lebih memerlukan berbanding dua organisasi itu.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, sekiranya perbelanjaan untuk 'menghasut' rakyat itu diteruskan, ia bermakna kerajaan mengakui mereka tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
“Terpaksa mengupah pengampu, tukang karut yang dalam keadaan sekarang ini, kerajaan seolah-olah menzalimi mereka yang lebih memerlukan. Tanpa JASA dan Penggerak, RM100 juta ini kita boleh agihkan RM500 seorang seperti imbuhan kepada frontliners.
“Kita mampu santuni 200,000 orang. Tanpa JASA dan Penggerak, kita dapat bantu pengusaha bas sekolah, pengusaha kantin, peniaga kecil. Tanpa JASA dan Penggerak, kita dapat tingkatkan elaun untuk sukarelawan yang bantu kerajaan.
“Tanpa JASA dan Penggerak, kita mampu membantu mahasiswa dengan mengurangkan yuran pengajian mereka,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tambah beliau, Belanjawan 2021 yang dibentangkan juga sebenarnya tidak seperti diharapkan, ada muslihat, tidak munasabah dan tidak meyakinkan.
Katanya lagi, tidak hairanlah rakyat di luar menganggap belanjawan ini sebagai belanjawan tersasar.
BACA: Belanjawan 2021, JASA terbuka untuk dibahas - Takiyuddin
Ridauddin Daud
Wed Nov 18 2020

Menurut Akmal, Belanjawan 2021 yang dibentangkan juga sebenarnya tidak seperti diharapkan, ada muslihat, tidak munasabah dan tidak meyakinkan. - Gambar fail

Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.

AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.

PKP 2.0: Hari pertama pelaksanaan PKP di Kelantan
Jalan sekitar bandar Kota Bharu, serta lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan seperti pasar awam dan sebagainya lengang seketika pagi tadi. Ianya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 2.0 yang mulai dikuatkuasakan hari ini.

PKP 2.0: Ada peniaga ingkar arahan MKN
Meskipun sudah empat hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tetapi masih terdapat pemilik premis perniagaan tidak peka dengan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Tinjauan Astro AWANI di Melaka mendapati, ada antara premis yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP, kekal menjalankan perniagaan dengan alasan remeh seperti tidak tahu sama ada sektor perniagaan mereka boleh dibuka ataupun tidak.

COVID-19 | Polis tingkat pemantauan di Kedah
Polis Diraja Malaysia meningkatkan pemantauan di Kedah susulan kenaikan jumlah jangkitan COVID-19 di negeri itu. Pemantauan ditumpukan kepada kawasan sesak seperti pasar raya, pasar harian dan bazar.

Tumpuan AWANI 7:45 - Bantah darurat: Shahidan selar Anwar | JPJ bantu polis
Tindakan Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan darurat, sebagai tergesa-gesa dan tidak patut dilakukan. 1,200 anggota JPJ diarah membantu Polis Diraja Malaysia bagi menguatkuasakan PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, seluruh negara. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

16 Januari 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

Proklamasi Darurat: Parlimen Malaysia teruskan proses semak, imbang - Azhar Azizan
Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dari sudut perundangan, kerajaan PN masih lagi sah, teguh - Pakar Perlembagaan
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.

Hilang majoriti: Sidang Khas Dewan Rakyat boleh dipanggil - Pakar Perlembagaan
Ketika ini Muhyiddin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'.

Terbit kad laporan Ahli Parlimen perlu jadi budaya
Budaya politik ketika ini hanya melihat tanggungjawab seseorang ahli politik itu adalah kepada parti yang disertai dan bukannya penduduk di kawasan yang diwakili.

"Pi baliklah" - Ulas Tun Mahathir sinis mengenai dakwaan Anwar
Tun Mahathir berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawarannya untuk kembali mengukuhkan PH selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Datuk Ahmad Kamal membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan Dr Mahathir.

MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan
Pindaan mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan sedang dalam proses penelitian daripada aspek perundangan oleh Jabatan Peguam Negara.

Tarik sokongan terhadap PN, sekarang masa paling sesuai - Mahfuz
Sekarang difikirkan masa terbaik kerana semua pihak harus mengelak daripada berlakunya pilihan raya tatkala kes COVID-19 masih tidak menentu.