awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasa, pengorbanan petugas kesihatan terpahat dalam lipatan sejarah - PM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/08/2022
04:30 MYT
Jasa, pengorbanan petugas kesihatan terpahat dalam lipatan sejarah - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jasa dan pengorbanan mereka semua sebagai Wira Tidak Didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam suasana COVID-19 yang sedang mengganas sehingga merekodkan angka 24,599 kes harian dan 393 kematian pada 26 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membolehkan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu sekaligus memulihkan ekonomi negara melalui pembukaan semula sempadan.
"Saya mewakili Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa COVID-19.
“Sesungguhnya banyak sekali cerita kesedihan petugas-petugas kesihatan kita yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani COVID-19.
“Jasa dan pengorbanan mereka semua sebagai Wira Tidak Didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah,” katanya semasa ucapan perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan di Putrajaya, pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Malaysia dan seluruh dunia terkesan akibat pandemik terutama dari sudut ekonomi.
Jelasnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan telah menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas teruk.
“Selaras dengan pembukaan sempadan, aktiviti ekonomi juga semakin pulih sehingga banyak petunjuk ekonomi menunjukkan perkembangan membanggakan mutakhir ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Fasa Peralihan Ke Endemik
#ismail sabri yaakob
#petugas kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan