KUALA LUMPUR: Pemergian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria merupakan kehilangan besar kepada agama Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menurut Zulkifli, jasa dan sumbangan besar ulama berusia 82 tahun itu terlalu besar dan seharusnya dikenang.
Kata beliau, berdekad lamanya Harussani begitu istiqamah dalam perjuangan Islam.
"Saya sebenarnya mengakui peranan dimainkan Almarhum dan tiga dekad bukan satu masa pendek lama… telah bersama dalam arena kefatwaan dan umul Islam.
"Buah fikiran beliau jua membentuk beberapa cadangan baik diterima pakai malah dalam situasi fatwa di Malaysia adanya muzakarah, pandangan Allahyarham Tan Sri (Harussani) dan sebahagian mufti begitu tuntas banyak memandu kerajaan dalam membuat sesuatu hukum," kata Zulkifli dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Ahad.
Harussani yang mula menyandang jawatan sebagai Mufti Perak sejak 1985 menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Allahyarham merupakan seorang ulama yang disegani dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat bersama isterinya, Puan Sri Ainon Abdul Ghani disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu,
Justeru, pemergian seorang sahabat dan guru kepadanya akibat COVID-19 menyebabkan Zulkili berpendapat,
sudah tiba masa untuk semua ulama membantu kerajaan dalam memberi kesedaran betapa bahayanya musuh tidak nyata itu.
"Maklumat sedikit saya dapati memang ramai dalam kalangan ulama dikenakan terkena musibah COVID-19 dan ada yang meninggal dunia termasuk di Jordan dan tempat lain dan hari ini Tan Sri (Harussani).
"Kita nyatakan bahawa masalah tentang penyakit COVID-19 bila mana ia datang menambahkan lagi penyakit lain (dan) memungkinkan sebarang tahap termasuk kematian.
"Justeru, bila kita lihat di hadapan secara realiti, maka sewajarnya para ulama saling beringat-ingat dan pesan kepada seluruh umat," kata beliau
Fareez Azman
Sun May 30 2021
Gambar kenangan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) dan Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dirakamkan tiga tahun lalu. - Gambar Facebook
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.