IPOH: Peningkatan kes HIV lebih tertumpu kepada hubungan seksual khususnya hubungan sejenis lelaki dengan lelaki sejak lima hingga enam tahun kebelakangan ini.
Pesanan itu diketengahkan menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak dengan tajuk Hubungan Seksual: Penyumbang Utama Jangkitan HIV dan Penyakit AIDS.
Menurutnya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan faktor terbesar yang menyumbang kepada statistik jangkitan HIV di Malaysia pada tahun 1990 hingga 2010, disebabkan penggunaan dadah secara suntikan.
Bagaimanapun katanya, faktor tersebut tidak lagi merupakan penyumbang terbesar, sebaliknya berpunca daripada hubungan seksual.
"Hari AIDS sedunia ditetapkan pada 1 Disember setiap tahun, bertujuan meningkatkan kesedaran awam akan jangkitan HIV, yang membawa kepada penyakit AIDS.
"HIV ialah jangkitan virus melalui cecair atau darah yang mampu memusnahkan daya ketahanan badan seseorang berpunca dari pelbagai faktor.
"Antaranya perkongsian suntikan jarum, seks rambang iaitu bertukar-tukar pasangan, seks songsang atau hubungan sejenis, dan beberapa sebab lain," katanya.
Menurut teks itu lagi, data merekodkan sehingga 2018, daripada keseluruhan jumlah jangkitan HIV, sebanyak 94 peratus berpunca kerana hubungan seksual.
Katanya lagi, daripada peratusan tersebut, 57 peratus berpunca kerana hubungan sejenis antara lelaki atau dikenali sebagai gay, manakala 37 peratus disebabkan hubungan seksual berlainan jantina.
"Oleh itu, hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita, atau dengan pasangan berlainan jantina yang tidak halal, atau ada antara mereka yang berhubungan dengan dua-dua jantina, atau apa-apa jua cara melepaskan nafsu selain dari jalan yang dibenarkan syarak; hukumnya haram dan dianggap dosa zina.
"Dalam sejarah tamadun manusia, hubungan sejenis pernah diamalkan oleh umat Nabi Lut AS.
"Allah SWT menyifatkan perlakuan tersebut sebagai khabais iaitu jijik, keji, kotor dan hina kerana ia tabiat yang merosakkan.
"Nabi Lut AS berulang kali memperingatkan kaumnya bahawa perlakuan ini mengundang kemurkaan Allah SWT, namun kaumnya tidak peduli dan terus menerus melakukannya. Akibatnya Allah menghukum mereka dengan azab yang dahsyat," katanya lagi.
Katanya, mereka yang dijangkiti HIV berisiko mendapat penyakit AIDS yang boleh menyebabkan beberapa kesan seperti demam, cirit birit berpanjangan, penurunan berat badan mendadak, bengkak kelenjar, batuk kering berpanjangan, menjangkiti orang lain dan paling bahaya boleh membawa kepada kematian.
Sehingga kini masih tiada rawatan yang boleh menghapuskan virus ini namun HIV boleh dikawal melalui rawatan awal sebelum ia berubah menjadi AIDS.
"Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan, serta mendisiplinkan diri mematuhi segala arahan dan kaedah rawatan yang diberikan oleh pakar perubatan.
"Pesakit akan didedahkan dengan rawatan ARV selepas melakukan ujian saringan dan berpeluang mendapatkan khidmat kaunselor bagi terapi psikologi," katanya.
Kata teks khutbah itu lagi, perbuatan hubungan seksual yang dilarang Islam adalah haram dan wajib dijauhi.
Selain itu, pelakunya berdosa besar dan perlu segera bertaubat memohon keampunan Allah SWT.
"Bagi yang belum bernikah, usahakan mencari pasangan yang halal, bagi yang sudah bernikah hendaklah tidak melakukan hubungan yang menjerumuskan diri melakukan dosa zina yang bakal mengundang kesan kesihatan pada diri malah merebak kepada ahli keluarga.
"Hubungan seksual bebas, hubungan sejenis dan sebagainya berisiko dijangkiti HIV yang boleh memudaratkan kesihatan diri dan orang lain.
"Bagi mereka yang dijangkiti HIV, janganlah merasa kecewa dan putus asa. Selagi hayat dikandungi badan, selagi mentari terbit menyinar dari ufuk timur, di sana ruang taubat terbuka seluas-luasnya memberi peluang untuk perubahan.
"Jalanilah kehidupan yang sihat, lakukan rawatan susulan dengan disiplin dan seterusnya perbanyakan doa, solat dan taubat pada Allah SWT; sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penerima taubat," katanya.
Dalam pada itu, ibu bapa harus memantau perkembangan anak-anak dan tingkah laku mereka serta ambil tahu dengan siapa mereka bergaul, beri panduan kehidupan pada mereka dan peringatan agar menjauhi perbuatan zina.
"Jika terdapat dalam kalangan ahli keluarga, sanak saudara atau sahabat yang dijangkiti HIV, jangan disisihkan mereka atau bersifat menghukum; sentiasalah memberi dorongan dan sokongan pada mereka agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.
Katanya lagi, bagi yang memiliki kecenderungan terhadap jantina sama, segeralah merawatnya dengan bertemu pakar kesihatan melalui terapi kognitif dan kaedah lain yang dapat membendungnya.
Aida Aziz
Fri Dec 02 2022

Hari AIDS sedunia ditetapkan pada 1 Disember setiap tahun, bertujuan meningkatkan kesedaran awam akan jangkitan HIV, yang membawa kepada penyakit AIDS. - Gambar hiasan

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

AWANI Ringkas: Malaysia rancang buka hospital lapangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

H5N1 | Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau. Namun Agensi Kesihatan PBB itu berkata, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Kemalangan | 14 maut di Mexico, kebanyakkan dipercayai migran
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap yang terbalik dan tenggelam dalam sebatang terusan di utara Mexico. Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Australia lancar dos penggalak kelima
Australia akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi. Menurut Menteri Kesihatannya, Mark Butler, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Belon Pengintip | AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
Amerika Syarikat akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia. Menurut Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.

Gempa Turkiye-Syria | Terperangkap 50 jam, hilang semua ahli keluarga
Hospital di Syria berdepan peningkatan jumlah kemasukan pesakit kanak-kanak. Sebahagian besarnya ditarik keluar daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, pada Isnin.

Gempa Turkiye-Syria | AS beri sokongan penuh untuk bantu Turkiye
Presiden Joe Biden komited untuk membantu Turkiye dan Syria pasca gempa yang melanda dua negara terbabit. Menurut Biden, komitmen itu sudah dinyatakan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Kelantan catat penurunan kes baharu penghidap HIV sejak 2016
Perubahan landskap jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah suntikan juga menunjukkan trend penurunan secara konsisten.

Rawatan PrEP perlu dilihat dengan lebih meluas
Apa yang penting adalah bidang perubatan bertujuan merawat sesiapa sahaja dan bukannya menghukum.

Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.

Jauhi hubungan seksual terlarang, penyumbang utama HIV dan AIDS - Khutbah Jumaat
Menurut statistik, penyumbang utama kes jangkitan tidak lagi daripada penggunaan dadah secara suntikan.

Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

LGBT bertentangan dengan budaya Malaysia, undang-undang negara - Idris
Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.

Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia
Berita pemergiannya itu disahkan pegawai kerajaan Perancis yang menyatakan Montagnier meninggal dunia pada Selasa.