Skip to main content

Malaysia

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Hakim Danish

[TB]_Hakim Danish Moto3 Zahid Hamidi_FB ZAHID HAMIDI
Ahmad Zahid berharap pencapaian itu akan menjadi pemangkin kepada Muhammad Hakim Danish untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia. - Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli yang meraih podium pada Grand Prix Itali di Litar Mugello, pada Ahad. 

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan kejayaan dikecapi pelumba negara itu cukup bermakna apabila Malaysia kembali menaiki podium Moto3 di pentas Grand Prix selepas hampir sedekad.

“Luar biasa! Tahniah kepada Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam perlumbaan GP Itali di Litar Mugello hari ini,” katanya. 

Ahmad Zahid berharap pencapaian itu akan menjadi pemangkin kepada Muhammad Hakim Danish untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia.

Kejayaan diperoleh hari ini merupakan podium pertama buat pelumba berusia 18 tahun itu selepas tujuh perlumbaan musim ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement