awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/02/2025
15:02 MYT
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Shamsul Azri berharap, orang ramai dapat mendalami tiga pesanan khas beliau ini kerana nasihat itu merupakan erti sebenar kehidupan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan bahawa kesedaran individu dan rasa syukur adalah kunci untuk mengelak rasuah.
  • Beliau mengingatkan penjawat awam untuk melaporkan pelanggaran tatakelola kepada pihak atasan.
  • Pasukan Petugas Khas CPI akan meneliti kelemahan bagi meningkatkan imej Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berharap, orang ramai dapat mendalami tiga pesanan khas beliau ini kerana nasihat itu merupakan erti sebenar kehidupan.
"Satu, hidup jangan melebihi daripada apa yang kita ada.
"Kedua, jangan bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih senang, kita tengok diri kita dan banding dengan orang lebih susah daripada kita.
"Ketiga yang penting untuk elak kita daripada rasuah adalah bersyukur dengan apa yang kita ada dan tanam dalam diri kita, kita mahu bagi makan ahli keluarga kita mestilah daripada unsur yang halal," katanya.
Shamsul yang berkongsi pandangan kepada Astro AWANI berkata, orang ramai terutama penjawat awam juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak atasan jika mengesan berlaku pelanggaran tatakelola.
Mengulas mengenai indeks persepsi rasuah (CPI) 2024 yang menyaksikan Malaysia kekal di tangga ke-57 bagi tahun kedua berturut-turut, Shamsul berkata, pihaknya akan memastikan penambahbaikan dilakukan segera.
Shamsul sekali lagi mengulangi komitmen bahawa penubuhan Pasukan Petugas Khas CPI yang dipimpin beliau akan sedaya upaya meneliti segala kelemahan bagi meningkatkan imej negara di mata dunia.
Topic Berkaitan
#KSN
#Shamsul Azri Abu Bakar
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan