PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan pendiriannya akan menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun.
“Setakat yang saya tahu, saya telah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar akan menggantikan saya," kata Perdana Menteri kepada wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand pada Sabtu ketika Sidang Kemuncak Asean.
Dr Mahathir pada masa sama turut menegaskan tidak akan memegang jawatan tersebut lebih daripada tiga tahun.
Apa yang lebih penting ketika ini adalah usahanya untuk mengurangkan hutang negara walaupun selepas bersara.
BACA: Anwar yakin dengan pelan peralihan kuasa yang berlangsung
Sejak minggu lalu, persoalan sama ada Dr Mahathir akan menyerahkan tugasnya kepada Anwar kembali dibangkitkan.
Ini berikutan ada dakwaan kononnya Dr Mahathir mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali untuk menggalas jawatan tersebut.
Pada Jumaat, Dr Mahathir yang ditemubual dalam program 'The Future of Malaysia and ASEAN' di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok, Thailand, mengulangi jaminan bahawa beliau akan berpegang teguh kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Agensi
Mon Jun 24 2019

Dr Mahathir akan berpegang pada janjinya untuk serahkan kepimpinan negara kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun. - Gambar fail

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua.

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan.

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS: Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PERMAI | RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Sebanyak RM150 juta lagi peruntukan tambahan disalurkan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Cerita Sebalik Berita: Cabaran kelangsungan PdPR guru pendidikan khas
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Bayaran BPN 2.0 | Ambil masa seminggu dikreditkan
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

Cerita Sebalik Berita: Proses penghantaran bekalan asas kepada Orang Asli
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan kepada bulan depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

Shafie Apdal tidak cukup 'nasional' untuk jadi Ketua Pembangkang?
NAMA Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah antara pemimpin yang disebut-sebut untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
Pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Selasa cukup dirasai ramai pihak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kenyataan Menteri Kewangan hambar, berbaur ugutan - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bayangan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 sebagai hambar dan berbaur ugutan.

Belanjawan 2021: Tiada lonjakan pulih ekonomi - Anwar Ibrahim
Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.

Mesyuarat Muafakat Nasional, apa yang boleh dijangkakan?
Hala tuju bentuk kerjasama antara Umno, Bersatu dan Pas boleh ditentukan selain perbincangan berkenaan aspek ekonomi dan kesihatan.

Ketidaktentuan politik tidak akan berakhir dengan Anwar jadi PM - Dr Mahathir
Bagaimanapun, jika benar Anwar mempunyai sokongan seperti yang didakwa, pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berpendapat kemelut politik di negara ini masih akan berterusan.

Bubarkan sahaja Pakatan Harapan jika tiada semangat setiakawan - Pemuda Keadilan Sabah
Razeef berkata, jika semangat setiakawan dalam PH itu sudah hilang apa yang boleh dilakukan adalah dengan membubarkan sahaja pakatan tersebut.