ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 September 2026.
Lelaki campak kanak-kanak ke dalam sungai direman tujuh hari
Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis tahan suspek utama kes bunuh pelarian Myanmar
Suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu ditahan di rumah sewanya di Pasir Mas.
'Tiada titah menghadap Tuanku Muhriz' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata sebarang perkembangan berkaitan isu berkenaan hanya diketahui menerusi laporan media.
Tiga pelakon ditahan, polis buru individu tular video persendakan Rukun Negara
Daripada lima pelakon yang dikenal pasti terlibat dalam persembahan itu, tiga individu telah ditahan untuk dirakam keterangan sebelum dibebaskan.
DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok - Ketua Menteri
Pembubaran yang berkuat kuasa pada 23 September itu dibuat berdasarkan Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.
SUK Negeri Sembilan, Penasihat Undang-Undang digantung tugas serta-merta
Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali, akan menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga pengganti baharu dinamakan.
Sukan Asia: Butir emas pertama, Adeola bakal bawa pulang Proton e.MAS
Emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sahaja membawa kegembiraan buat Adeola Fay Robert, malah bakal menghadiahkan atlet karate negara itu sebuah Proton e.MAS.
Orang awam dilarang hampiri kawasan tasik Masjid Terapung
Orang awam dilarang memasuki atau menghampiri kawasan tasik sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung di Kuala Ibai dekat sini sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dijalankan.
7 Jan keputusan rayuan Majlis Peguam berhubung pengampunan Najib
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Jan tahun depan untuk keputusan rayuan Majlis Peguam berhubung permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara dan denda Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.
DOF, Aquaria KLCC guna analisis DNA kenal pasti ikan disyaki piranha di Empangan Klau
Jabatan Perikanan (DOF) akan bekerjasama dengan Aquaria KLCC bagi mengenal pasti spesies ikan yang disyaki piranha di Empangan Klau, Raub, Pahang melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA) atau DNA persekitaran (eDNA).