KUALA LUMPUR:Perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence & supply agreement) yang diperlukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan Belanjawan Negara 2021 lulus, bukan hadir percuma, menurut beberapa pemerhati politik.
Mereka berkata, ketika DAP dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) lebih terbuka dalam menyuarakan permintaan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO pula mahu peruntukan yang lebih besar dalam struktur kuasa di Putrajaya.
Beberapa media melaporkan, Muhyiddin kini sedang mempertimbangkan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu, sebagai timbal balas terhadap sokongan mereka untuk Rang Undang-Undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, dan kestabilan politik negara.
Siapa calon terbaik antara tiga?
Menurut akhbar Sin Chew, tiga pemimpin UMNO yang disebut-sebut dalam pertimbangan itu ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Untuk rekod, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan adalah Ahli Parlimen Bera, manakala Hishammuddin yang juga Menteri Luar adalah Ahli Parlimen Sembrong.
Mohamad pula perlu diberikan tiket Senator jika dipilih menyertai barisan Kabinet itu sebagai TPM baharu, memandangkan beliau tidak bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum yang lepas.
“Memang ketiga-tiga nama tokoh ini naik. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri yang paling memahami sentimen antara dua pihak, iaitu Perikatan Nasional dan UMNO dan Tan Sri nampak lebih selesa dengan beliau (Ismail Sabri).
“Beliau yang sering menjadi pengantara antara Perdana Menteri dan UMNO, dan sedikit sebanyak kurangkan pertelagahan antara dua kumpulan ini, berbanding Tok Mat (Mohamad) dan Datuk Hisham (Hishammuddin),” kata sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO kepada Astro AWANI baru-baru ini.
BACA: Pasca MT UMNO: Masih ada tuntutan politik daripada UMNO?
Jawatan TPM milik UMNO?
Media difahamkan Muhyiddin telah mengadakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di ibu negara semalam, bagi membincangkan situasi terkini politik negara, termasuk kemungkinan untuk memberi jawatan TPM kepada UMNO.
Antara yang hadir dalam perjumpaan itu ialah Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Azmin Ali (Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri), dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohd Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri).
Pada 25 Oktober lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini, seperti mana yang dipohon Muhyiddin dan Jemaah Kabinet.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala 'politicking' yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
Kata Ahmad Fadil lagi, Seri Paduka Baginda turut menitahkan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
BACA: Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
Konsep ‘perjanjian keyakinan dan pembekalan’
Rentetan peringatan dan saranan Tuanku itu, pengasas bersama MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar) berkata Kerajaan disaran untuk menggunapakai konsep ‘perjanjian keyakinan dan pembekalan’ dengan parti pembangkang sebagai langkah memastikan Dewan Rakyat dapat meluluskan Belanjawan Negara 2021 itu.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, ia lebih efektif berbanding langkah mengusahakan pengisytiharan darurat seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini.
Untuk rekod, perjanjian keyakinan dan pembekalan, merupakan konsep Westminster (sistem berparlimen Britain) yang digunapakai di beberapa negara Komanwel, bagi memastikan Kerajaan sedia ada dapat mengekalkan sokongan di Dewan Rakyat.
Ia membolehkan Ahli Parlimen mana-mana parti atau Ahli Parlimen Bebas untuk menyokong undi percaya terhadap kerajaan sedia ada, dan usul berkaitan belanjawan.
Sementara itu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO, dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn pada 26 Oktober lepas, memutuskan akan terus mendukung kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Selain kekal dengan pendirian tiada kerjasama PKR dan DAP, Ahmad Zahid berkata dalam satu kenyataan berkata, UMNO juga menggesa penambahbaikan prinsip kerjasama yang berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik..
BACA: UMNO terus sokong kerajaan PN, saran agar Rekonsiliasi Nasional segera dilaksanakan
Undian belanjawan, satu ujian legitimasi terhadap Kerajaan
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen berkata, parti pembangkang tidak sewenang-wenangnya akan memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 6 November ini.
“Undi terhadap Belanjawan adalah satu-satunya peluang kepada pembangkang untuk menguji legitimasi Kerajaan ketika ini. Kami tidak akan terus menyerahkan undi tanpa diberikan apa yang kami kehendaki, khususnya berkenaan agenda reformasi negara.
“Selain dibenarkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, kami juga menggesa agar Dewan Rakyat meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen pada sesi Dewan Rakyat Mac 2021, bagi memastikan Parlimen bebas daripada kawalan Eksekutif,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Oct 28 2020
Tiga nama kini sedang dalam pertimbangan Muhyiddin Yassin untuk jawatan TPM - Mohamad Hasan, Ismail Sabri Yaakob, Hishammuddin Tun Hussein.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.