awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan kepercayaan, ajaran dalam GISB ada unsur ajaran sesat

Bernama
Bernama
20/09/2024
07:16 MYT
Jawatankuasa Fatwa Perlis  putuskan kepercayaan, ajaran dalam GISB ada unsur ajaran sesat
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat. - Foto Bernama
KANGAR: Mesyuarat Khas Jawatankausa Fatwa Negeri Perlis yang berlangsung hari ini memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Service and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.
"Setelah berbincang, Jawatankuasa memutuskan bahawa pegangan kumpulan GISB mengkultuskan pemimpin mereka dan tokoh-tokoh agama sehingga melampaui batasan, hampir menyamakan kedudukan mereka dengan Nabi SAW.
"Atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa itu di sini hari ini.
Mohd Asri berkata selain itu, Jawatankuasa menyimpulkan bahawa model ekonomi yang diamalkan GISB bukanlah model ekonomi Islam yang sebenar, malah ia bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam.
"Ini kerana ia mempunyai unsur penindasan dan perhambaan terhadap mereka yang terlibat, serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu GISB adalah dilarang.
Sementara itu, Mohd Asri berkata Jawatankuasa mencadangkan masyarakat Islam membantu pemulihan ahli-ahli GISB yang ingin keluar dari kesesatan itu dan peruntukan zakat juga boleh digunakan untuk membantu pemulihan mereka seperti pembiayaan pendidikan yang betul, pembinaan semula kehidupan, perlindungan keselamatan dan pembiayaan dakwah pemurnian akidah.
"Peruntukan zakat di bawah fisabilillah, al-riqab dan fakir miskin boleh digunakan untuk tujuan ini. Sekolah yang mempunyai manhaj pengajian Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar hendaklah membantu mengambil anak-anak GISB ini untuk diberikan pendidikan yang sepatutnya," katanya.
Katanya badan-badan swasta juga boleh memberikan peluang pekerjaan agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat Islam yang lain. Pada masa sama, semua pihak perlu memantau bagi memastikan mereka tidak kembali kepada ajaran sesat itu.
"Masyarakat Islam secara seluruhnya perlu mengambil sikap positif dalam usaha membantu bekas-bekas ahli GISBH untuk keluar dari belenggu kesesatan tersebut," katanya.
Mesyuarat khas jawatankuasa itu berlangsung secara tutup selama lebih dua jam.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#ajaran sesat
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Mufti Perlis
#ajaran al-Arqam
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan